More

    Redmi 13R 5G rasmi dengan Dimensity 6100+, kamera AI 50MP berharga ~RM650

    Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar Redmi 13R 5G. Ia hanya tersedia dalam varian RAM 4GB dan storan 128GB. Xiaomi Redmi 13R boleh didapati dalam warna Star Rock Black, Fantasy Purple dan Water Wave Green.

    Ia dilengkapi dengan skrin titisan air 6.74 inci di hadapan dengan resolusi 1600×720, menyokong kadar penyegaran semula 90Hz, kecerahan puncak 450 nit dan menyokong pemalapan DC penuh dengan pensijilan perlindungan mata Rheinland berganda.

    Peranti baharu ini dilengkapi dengan cipset Dimensity 6100+ lapan teras melalui proses 6nm, CPU menggunakan seni bina 2A76 + 6A55 (frekuensi tertinggi 2.2GHz) dan GPU Mali-G57 MC2. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh menyokong pengecasan pantas sehingga 18W.

    Spesifikasi sorotan lain termasuk kamera AI 50MP, kamera swafoto 5MP dan dilengkapi dengan MIUI14. Ia berharga 999 Yuan (~RM650) dan kami menantikan pengumuman rasmi daripada Redmi Malaysia tentang ketersediaanya dalam pasaran tempatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi 13R ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured