More

    Kementerian Komunikasi & Digital kini dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital

    Berikutan rombakan semula kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, beberapa kementerian sedia ada telah dipisahkan kepada kementerian baharu, manakala beberapa menteri juga mula memegang jawatan portfolio baharu.

    Untuk Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang diketuai oleh YB Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil sebelum ini, kementerian itu sudah dipisahkan kepada dua kementerian baharu iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

    YB Fahmi Fadzil akan menjadi Menteri Komunikasi, manakala YB Teo Nie Ching pula memegang jawatan Timbalan Menteri Komunikasi.

    Sementara itu, Kementerian Digital pula akan diketuai oleh YB Gobind Singh Deo sebagai Menteri Digital, manakala Datuk Ugak Anak Kumbong pula akan memegang jawatan Timbalan Menteri Digital. Sebelum ini, Datuk Ugak merupakan Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas dan Hal Ehwal Sabah Sarawak manakala YB Gobind adalah menteri baharu yang diperkenalkan dalam kabinet ini.

    Setakat ini masih tiada penjelasan tentang bidang kuasa yang akan dikendalikan oleh kedua-dua kementerian. Sebelum ini, KKD bertanggungjawab dalam menyelia hal ehwal multimedia seperti pendigitalan, penyiaran, telekomunikasi, perfileman, perlindungan data peribadi dan banyak lagi.

    Selain itu, beberapa lagi kementerian baharu adalah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang akan diketuai oleh Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang diketuai oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured