More

    Samsung Galaxy M54 5G dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 120Hz, kamera 108MP, bateri 6,000mAh berharga RM2,099

    Samsung telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu Samsung Galaxy M54 5G. Telefon ini dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan yang agak menarik, seperti skrin Super AMOLED dengan kadar segar semula yang tinggi serta bateri yang besar.

    Ciri menarik pada telefon ini pastinya adalah skrin Super AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman penggunaan yang sangat lancar. Skrinnya dibina dengan kaca Gorilla Glass 5 untuk ketahanan yang tinggi untuk telefon kelas pertengahan.

    Reka bentuk Galaxy M54 5G
    Spesifikasi kamera Galaxy M54 5G

    Selain itu, sensor kamera utamanya mempunyai jumlah megapiksel yang sangat tinggi iaitu 108MP, jadi ia boleh menangkap lebih banyak butiran dalam gambar. Ia turut didampingi oleh kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

    Satu lagi ciri menarik adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 6,000mAh, pasti boleh bertahan selama beberapa hari. Ia menyokong kadar pengecasan pantas 25W.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy M54 5G:

    • Skrin Super AMOLED Plus 6.7 inci, resolusi 1080×2400, kadar segar semula 120Hz, kaca Gorilla Glass 5
    • Cipset Exynos 1380, dibuat dengan nod proses 5nm
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad memori microSD
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Menyokong rakaman video dengan resolusi sehingga 4K 30fps
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 6,000mAh
    • Pengecasan pantas 25W
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Port USB-C
    • Sistem operasi Android 13 dengan antara muka One UI 5.1
    • Pilihan warna biru dan perak
    • Harga: RM2,099

    Samsung Galaxy M54 5G dikesan dalam laman rasmi Samsung Malaysia di Lazada dan buat masa ini anda boleh mendapatkannya pada harga diskaun 24% iaitu RM1,599 sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured