fbpx
More

    Yes 5G tawarkan perayauan 5G tanpa had secara percuma di Singapura

    Syarikat telekomunikasi Yes 5G kini sedang menawarkan perayauan (roaming) 5G tanpa had secara percuma di Singapura untuk para pelanggan Yes 5G Infinite Postpaid Plan. Pelan ini pasti amat bermanfaat untuk para pelanggan yang kerap ulang alik ke negara republik tersebut.

    Menurut Yes 5G, faedah ini akan ditawarkan kepada pelanggan pelan Yes Infinite pada harga bermula RM58 sebulan, iaitu Yes Infinite Basic (RM58 sebulan), Standard (RM88 sebulan), Premium (RM118 sebulan) and Ultra (RM178 sebulan).

    Perayauan 5G ini bermaksud pelanggan boleh menikmati rangkaian 5G tanpa had data dan had kelajuan di Singapura, data hotspot sehingga 110GB serta panggilan telefon tanpa had. Perlu diingati bahawa ia masih tertakluk bawah Polisi Penggunaan Adil (Fair Usage Policy, FUP), di mana menurut laman soalan lazim (FAQ), pelanggan akan menerima data berkelajuan tinggi sebanyak 10GB sahaja sewaktu berada di Singapura.

    Jika 10GB itu sudah habis dipakai, kelajuan internet akan diturunkan kepada 512Kbps sahaja. Sungguh pun begitu, ini pastinya adalah manfaat yang sangat menarik jika anda kerap melawat Singapura.

    Layari laman web Yes 5G untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Program Bantuan Subsidi BUDI MADANI dibuka untuk permohonan mulai 28 Mei 2024

    Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan butiran Program Bantuan Subsidi MADANI yang menyediakan subsidi bersasar untuk pemilik kenderaan diesel dan pekebun kecil dalam sektor...

    Rakyat Malaysia yang ingin ke Singapura boleh gunakan kod QR bermula 1 Jun 2024

    Bermula 1 Jun 2024, rakyat Malaysia yang ingin merentasi sempadan ke Singapura melalui jalan darat boleh menggunakan kod Respons Pantas (QR) untuk...

    Tahu irama lagu tapi tidak tahu tajuknya? Nyanyikan saja dalam YouTube Music untuk cari

    Buat para pengguna platform penstriman muzik YouTube Music, ia akan menyediakan sebuah ciri baharu di mana anda boleh nyanyikan irama lagu kepada...

    Komputer riba vs tablet: Komputer riba pilihan yang terbaik berbanding tablet?

    Di era digital ini, anda mungkin mengalami dilema antara memilih komputer riba atau tablet untuk bekerja. Walaupun kedua-dua peranti menawarkan fungsi mudah...

    OPPO Malaysia ajak anda meriahkan pembukaan My OPPO Space di Kota Kinabalu, pelbagai promosi...

    OPPO Malaysia akan merasmikan pembukaan kedai 3.0 Pro Design My OPPO Space yang terletak dalam pusat beli-belah Imago Shopping Mall di Kota...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X