More

    HONOR X8b dengan storan 512GB & X7b dengan bateri 6,000mAh bermula RM799

    Siri HONOR X menerima pujian berkat ketahanan dan harga mampu milik dan kini, HONOR bakal mengumumkan dua telefon baharu, HONOR X8b dan HONOR X7b pada 22 Disember ini dengan hadiah percuma HONOR Choice Earbuds X5 Lite.

    HONOR X8b menawarkan storan besar 512GB dan kamera canggih, sementara HONOR X7b hadir dengan bateri 6,000mAh dan prestasi fotografi yang dipertingkatkan. HONOR X8b menonjolkan storan besar 512GB, RAM 16GB dan ciri-ciri fotografi canggih termasuk kamera utama 108MP. Dengan rekaan ultra nipis dan paparan AMOLED pemalapan bebas risiko, HONOR X8b ditawarkan pada harga RM999.

    HONOR X7b menawarkan bateri tahan lama 6,000mAh, penyimpanan besar 256GB dan kamera utama 108MP. Dengan dwi-pembesar suara stereo dan Paparan FullView HONOR 6.8 inci, HONOR X7b memberikan pengalaman audio dan visual yang mengagumkan. Dijual pada harga RM799, HONOR X7b adalah pilihan terbaik untuk pengguna yang mengutamakan daya tahan bateri dan prestasi kamera.

    Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X8b dan HONOR X7b, anda boleh layari laman web rasmi HONOR di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured