More

    CelcomDigi tawarkan internet 5G 30GB percuma dan banyak lagi sempena Hari Gaji Specials

    CelcomDigi akan menganjurkan promosi khas Hari Gaji Specials bermula hari ini sehingga 22 Disember 2023. Sepanjang tempoh empat hari ini, para pelanggan prabyar Celcom dan Digi boleh menikmati data 5G secara percuma.

    Para pelanggan Celcom XPAX Prepaid dan Digi Prepaid boleh menikmati 5G Booster percuma dengan data internet 30GB yang boleh digunakan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran ini boleh ditebus apabila mereka menggunakan aplikasi Boost, Touch ‘n Go atau ZCity untuk melanggan kepada pelan Celcom XPAX Unlimited 38 dan ke atas, atau pelan Digi Prepaid NEXT 35 dan ke atas.

    Selain itu, para pelanggan Celcom XPAX Prepaid dan Digi Prepaid akan menerima kuota internet sebanyak dua kali ganda apabila mereka melanggan kepada mana-mana 5G Booster melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    5G BoosterCelcom XPAX PrepaidDigi Prepaid
    RM3 untuk 1 hari6GB 3GB6GB 3GB
    RM6 untuk 1 hari18GB 9GB18GB 6GB
    RM12 untuk 7 hari40GB 20GB40GB 20GB

    Untuk para pelanggan pascabayar Celcom XPAX Postpaid, Celcom MEGA dan Digi Postpaid pula, pelanggan boleh mendapatkan 5G Booster dengan internet tanpa had selama tujuh hari pada harga RM15 sahaja. Promosi ini boleh ditebus dengan membeli 5G Booster melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    Layari laman web Celcom atau Digi untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured