More

    Xiaomi akan perkenalkan teknologi kereta elektriknya pada 28 Disember ini

    Xiaomi yang terkenal dengan produk telefon pintar dan aksesori canggih seperti jam tangan pintar dan peranti pintar untuk rumah, kini memasuki arena kenderaan elektrik. Sebelum ini, Xiaomi telah mengumumkan pembentukan bahagian khusus untuk membangunkan kereta elektrik pintar dengan pelancaran dijangka pada tahun 2024.

    Dalam perkembangan terkini, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi mengumumkan pelancaran rasmi teknologi kenderaan elektrik Xiaomi pada 28 Disember ini. Pengumuman ini menimbulkan kepelbagaian spekulasi tentang integrasi teknologi canggih dan kecerdasan buatan (AI) yang akan menjadi ciri utama dalam kenderaan elektrik Xiaomi yang akan datang.

    Beberapa gambar rancangan awal kereta telah terlebih dahulu didedahkan, memberikan gambaran awal kepada peminat dan pengguna mengenai reka bentuk yang diharapkan.

    Dengan langkah ini, Xiaomi akan berhadapan dengan saingan sengit di pasaran kereta elektrik, tidak hanya dengan Tesla, tetapi juga dengan beberapa jenama tempatan terkemuka di China termasuk BYD.

    Kita semua menantikan pengumuman pada hari Khamis ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai perjalanan Xiaomi dalam bidang automotif. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured