More

    Google lancarkan butang ‘unsubscribe’ dalam aplikasi Gmail pada iOS

    Google secara senyap-senyap telah memperkenalkan butang unsubscribe‘ (berhenti langganan) dalam aplikasi Gmail pada iOS, memberikan pengguna kaedah yang lebih mudah untuk menarik diri daripada e-mel yang tidak diingini, merangkumi promosi, surat berita dan spam.

    Butang yang diletakkan secara strategik berhampiran nama pengirim atau di bawah baris subjek di sebelah kanan, memudahkan proses dengan sekali klik, menghapuskan keperluan untuk menatal. Apabila diklik, pop timbul menggesa pengguna untuk mengesahkan keinginan mereka untuk berhenti melanggan, memudahkan penghantaran automatik e-mel daripada akaun pengguna ke ID pengirim.

    Pendekatan yang lebih teratur ini meningkatkan kecekapan, memudahkan pengguna daripada kaedah sebelumnya yang melibatkan mencari butang berhenti langganan pengirim di bahagian bawah emel atau memilih ‘berhenti langganan’ dari menu tiga titik di bahagian atas tetingkap mesej.

    Walaupun pada masa ini eksklusif untuk iOS, ciri ‘henti langganan’ dalam Gmail dijangka berkembang ke peranti Android tidak lama lagi. Pendekatan baharu juga boleh diakses pada versi web, diletakkan di sebelah nama pengirim. Walau bagaimanapun, e-mel tertentu mungkin memerlukan pengguna melawat laman web penghantar untuk proses berhenti melanggan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured