fbpx
More

    Siri HUAWEI nova 12 dilancar: Kamera 50MP dan sambungan satelit bermula ~RM2,598

    HUAWEI telah melancarkan rangkaian terbaru telefon pintar nova di China iaitu nova 12, nova 12 Lite, nova 12 Pro, dan nova 12 Ultra. nova 12 Ultra dan nova 12 Pro menampilkan paparan melengkung serta pulau dwi-kamera berbentuk pil di bahagian belakang dengan sudut yang bulat dan tepi yang melengkung.

    Kedua-dua peranti masing-masing membawa berat 198g dan 201g dengan lebar yang sama pada 7.68mm. Ia dilengkapi dengan paparan OLED 6.76 inci, kadar segar semula 120Hz dan resolusi Full HD+. Untuk ketahanan, model Ultra mendapat perlindungan kaca Kunlus yang dijanjikan sebagai “tahan pecah.” Sistem kamera pada kedua-dua telefon hampir serupa, menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro.

    HAUWEI nova 12 Ultra

    Perbezaan antara nova 12 Ultra dan 12 Pro adalah cipsetnya di mana yang pertama mempunyai cipset Kirin 9000SL dan yang kedua memuatkan cipset Kirin 8000. Kedua-dua cipset menyokong rangkaian 5G dan dilengkapi dengan RAM 12GB tetapi konfigurasi storan model Pro menawarkan storan sehingga 512GB manakala model Ultra mencapai storan 1TB.

    Berjalan pada HarmonyOS 4.0, peranti-peranti ini menampilkan bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W dan sambungan satelit. Ciri-ciri lain termasuk pengimbas cap jari di dalam paparan, sokongan dual SIM, navigasi isyarat, pengecam muka dan Bluetooth 5.2.

    nova 12 Ultra boleh didapati dalam warna putih, hitam, merah jambu dan biru bermula dari 4,699 Yuan (~RM3,052) untuk model 512GB manakala varian 1TB berharga 5,499 Yuan (~RM3,572). Untuk Pro, ia mempunyai warna hitam, biru dan kelabu dijual pada harga 3,999 Yuan (~RM2,598) untuk varian 256GB sementara pilihan 512GB berharga 4,399 Yuan (~RM2,857).

    Buat sementara ini, tiada sebarang butiran mengenai pelancarannya di Malaysia tetapi kami menjangka ia akan tiba ke pasaran tempatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Reno12 dilancar: Dimensity 9200+, cas pantas 80W, kamera utama 50MP bermula ~RM1,760

    Pada hari ini, OPPO melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahannya yang terbaru di China iaitu OPPO Reno12, terdiri daripada dua varian utama...

    Infinix Malaysia ajak anda meriahkan pertandingan Mobile Legend: Bang Bang pada 24-26 Mei 2024

    Infinix Malaysia telah bekerjasama dengan Mobile Legend: Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY) sebagai Telefon Gaming Rasmi untuk pertandingan MAL MY...

    Samsung bakal hasilkan cipset 2nm untuk bersaing dengan Apple

    Samsung Foundry dijangka membuat cipset dengan proses 2nm yang diberi nama SF2 dan sedia untuk pengeluaran besar-besaran menjelang 2025. Jika segala proses...

    Infinix GTBook dilancar: Komputer “gaming” pertama Infinix dengan Intel Gen 13, bermula ~RM3,380

    Infinix telah melancarkan komputer riba gaming yang pertama oleh mereka iaitu Infinix GTBook. Ia merupakan komputer multimedia yang dikhaskan untuk gaming dan...

    Perkhidmatan LRT Kelana Jaya terganggu disebabkan isu suis landasan

    Laluan LRT Kelana Jaya kini mengalami kelewatan disebabkan oleh gangguan pada sistem suis landasan. Masalah ini telah menjejaskan operasi normal tren, menyebabkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X