More

    Xiaomi Malaysia bekerjasama dengan UiTM, tawarkan geran RM65,000 untuk kreatif fotografi

    Xiaomi yang merupakan salah satu peneraju teknologi global telah mengumumkan kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai sebahagian daripada inisiatif pendidikan global Xiaomi. Inisiatif ini memberi inspirasi dan memperkasakan belia dengan menyediakan peralatan dan teknologi terkini untuk meluaskan potensi kreatif mereka.

    Oleh itu, Xiaomi Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Fotomedia Kreatif UiTM untuk menganjurkan pengalaman fotografi yang informatif untuk para pelajar universiti. Pelajar-pelajar terpilih diberi tugasan fotografi menggunakan telefon pintar siri Xiaomi 13T yang ditala oleh Leica untuk mereka mencipta sebuah karya kreatif melalui fotografi mudah alih.

    Xiaomi juga telah bekerjasama dengan wartawan foto tempatan dan jurugambar Leica di Malaysia, Sadiq Asyraf, yang telah mengendalikan sebuah Masterclass eksklusif untuk para pelajar. Kerjasama antara Xiaomi Malaysia dan UiTM ini bernilai RM65,000 dalam bentuk geran.

    Kerjasama ini juga bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar dengan menggalakkan mereka untuk memanfaatkan teknologi dalam menghasilkan karya seni. Hasil karya fotografi pelajar dari aktiviti ini akan dipamerkan dalam satu pameran khusus untuk khalayak ramai.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured