fbpx
More

    Siri POCO X6 akan dilancar pada 11 Januari 2024

    POCO sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri POCO X6 di India pada 11 Januari ini seperti yang dinyatakan oleh poster rasmi di Flipkart. Telefon pintar ini dijangkakan akan dilancarkan dalam dua model iaitu POCO X6 dan POCO X6 Pro.

    Kedua-dua model ini dilaporkan sebagai versi yang dimodifikasi daripada Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi K70e. Perbezaan ketara termasuk sensor utama 64MP dalam POCO X6 5G dan cas pantas 67W dalam POCO X6 Pro, berbeza daripada cas pantas 90W oleh Redmi K70e.

    POCO X6 dijangkakan akan menampilkan cipset Snapdragon 7s Gen 2, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1 dengan susunan tri-kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor ultra lebar 13MP dan unit tambahan 2MP. Sementara itu, POCO X6 Pro dijangka akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8300 Ultra, menawarkan RAM sehingga 12GB storan dan 512GB.

    Ia dijangkakan mempunyai paparan AMOLED 1.5K LTPS 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Satu senarai Amazon pula menunjukkan modul tri-kamera belakang untuk POCO X6 Pro hadir dengan sensor utama 67MP, lensa ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP. Telefon pintar ini akan berfungsi pada Android 13 dan berharga AED 1,299 (~RM1,629).

    Pilihan warna termasuk hitam, biru dan putih untuk POCO X6 5G manakala hitam, kelabu dan kuning untuk POCO X6 Pro 5G. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X