More

    Siri OPPO Reno11 5G akan dilancar di Malaysia pada 11 Januari 2024

    OPPO Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno11 5G dan OPPO Reno11 Pro 5G pada hari Khamis, 11 Januari 2024 jam 10:00 pagi.

    Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung dalam laman Facebook OPPO Malaysia dan akan diacarakan oleh selebriti terkenal Amelia Henderson dan Jovane Phang. Selain siri Reno11, OPPO akan turut melancarkan sistem operasi ColorOS 14 yang dibina berdasarkan Android 14.

    Buat mereka yang berminat dengan siri telefon ini, pra-tempahan telah pun dibuka dan akan berlangsung sehingga 10 Januari 2024. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah bernilai sehingga RM576.

    Sebelum ini, siri Reno11 telah pun diperkenalkan buat kali pertama di China pada bulan November 2023. Ia dilengkapi cipset yang agak canggih iaitu MediaTek Dimensity 8200 (Reno11 5G) dan Snapdragon 8+ Gen 1 (Reno11 Pro 5G).

    Selain itu, ia turut mempunyai pelbagai fungsi kamera yang dikhaskan untuk mengambil gambar potret yang cantik. Anda boleh baca maklumat lanjut mengenainya dalam artikel pelancaran di China dan berikut adalah beberapa gambar untuk OPPO Reno11 Pro 5G:

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Reno11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured