fbpx
More

    MediaTek akan lancarkan cipset 5G kelas pertengahan, harga berpatutan 7 Mei ini

    Masihkah anda ingat tentang pergolakan isu MediaTek berkenaan ujian penanda arasnya? Di sebalik pergolakan tersebut, MediaTek mengumumkan bahawa pelancaran cipset 5G yang lebih berpatutan akan diadakan pada 7 Mei 2020.

    Melalui khabar berita ini, agak selamat untuk kita menjangkakan bahawa cipset 5G ini merupakan cipset untuk peranti kelas pertengahan memandangkan ia memberi bayangan slogan iklan ‘5G al-inclusive’. Apa pun, kami masih tiada berita mengenai nama cipset tersebut dan peranti akan datang manakah yang bakal dioperasikan olehnya.

    Mungkin kita boleh menjangkakan pengoperasian cipset ini pada peranti seperti OPPO, realme dan yang terutama sekali Xiaomi dan Redmi. Setakat ini, cipset kelas pertengahan 5G yang hangat adalah daripada Qualcomm, Snapdragon 765G yang menghuni Xiaomi Mi 10 Lite, nubia Play 5G dan beberapa peranti lain.

    Apakah jangkaan anda terhadap cipset MediaTek yang bakal dilancarkan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GizChina

     

    Artikel Terkini

    ChargeSini diintegrasi dalam aplikasi Hello smart, mudahkan pengguna cari stesen pengecasan di Malaysia

    Proton New Energy Technology (PRO-NET), peneraju dalam sektor kenderaan elektrik (EV) telah menandatangani perjanjian untuk mengembangkan rangkaian pengecasan EV bersama ChargeSini. Kerjasama...

    HUAWEI atasi Samsung dalam pasaran telefon boleh lipat di dunia

    HUAWEI telah mengatasi Samsung untuk menjadi jenama telefon pintar boleh lipat paling laris di dunia pada suku pertama 2024. Ini adalah kali...

    Xiaomi tambah Gaming Monitor G34WQi & Robot Vacuum X20+ untuk jualan 6.6

    Sempena kempen Jualan 6.6 Xiaomi Malaysia, syarikat itu telah menambah Xiaomi Curved Gaming Monitor G34WQi dan Robot Vacuum X20+ baharu ke dalam...

    HONOR Magic6 Pro Cloud Purple kini dijual di seluruh Malaysia pada harga RM4,499

    HONOR Magic6 Pro dalam warna lavender lembut Cloud Purple mula dijual di seluruh Malaysia mulai hari ini dengan harga RM4,499. Ia dilengkapi...

    KTMB umum 6 perkhidmatan baru ETS Express yang akan bermula 1 Ogos ini

    Mulai 1 Ogos, KTM Berhad (KTMB) akan melancarkan perkhidmatan ETS Express baharu untuk mengurangkan masa perjalanan di beberapa laluan utama. Perkhidmatan baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X