More

    realme C67 dilancar di Malaysia: Snapdragon 685 dan kamera zum 3x bermula RM799

    realme melancarkan realme C67, telefon pintar peringkat permulaan dalam dua pilihan warna iaitu Sunny Oasis dan Black Rock harga RM799. Ini merupakan langkah pertama realme selepas penjenamaan semula dan pengenalan slogan baharu, ‘Make it real’.

    realme C67, sebagai telefon pertama dalam siri ini, dilengkapi dengan cipset Snapdragon 685, menawarkan prestasi CPU Kryo  dan GPU Adreno  yang mempertingkatkan pengalaman gaming. Pengimejan telefon ini diperkuatkan oleh kamera utama 108MP dengan zum dalam-sensor 3x yang turut menyokong 3x Mod Potret, Mod Malam dan Penapis Fotografi Jalanan baharu.

    Ia menawarkan RAM yang boleh dikembangkan RAM sehingga 16GB, dan storan besar sehingga 256GB, membolehkan pengguna menyimpan lebih daripada 57,000 gambar. Pengecasan Pantas SUPERVOOC 33W di realme C67 boleh mengisi bateri berkapasiti 5,000mAh daripada 0% kepada 50% dalam masa 26 minit. 

    realme C67 tidak hanya menonjol dari segi prestasi, tetapi juga reka bentuknya yang ultra nipis dan canggih. Dengan Mini Capsule 2.0, NFC 360°, perlindungan IP54 dan dwi-pembesar suara stereo, telefon ini memenuhi keperluan harian pengguna dengan ciri-ciri canggih.

    Berikut merupakan spesifikasi ringkas realme C67:

    • Cipset Snapdragon 685
    • Skrin 6.72 inci dengan kadar segar semula 90Hz
    • RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 256GB
    • Kamera utama 108MP
    • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan 33W
    • Spesifikasi lain: Mini Capsule 2.0, NFC 360°, perlindungan IP54 dan dwi-pembesar suara stereo
    • Warna: Sunny Oasis dan Black Rock
    • Harga: RM799

    Anda juga akan mendapat hadiah percuma bagi pembelian hingga 20 Januari 2024 bersama waranti lanjutan satu tahun di kedai jenama realme dan pengedar sah di TikTok, Shopee dan Lazada. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured