fbpx
More

    Acer lancarkan model baharu Aspire Vero 16, Go 15 & Go 14 bermula ~RM1,161

    Acer telah mengumumkan penambahan baru kepada siri komputer riba Aspire dengan memperkenalkan model Aspire Vero 16, Aspire Go 15 dan Go 14. Aspire Vero 16 sebagai sebahagian daripada siri Vero, menekankan reka bentuk mesra alam tanpa menjejaskan prestasi.

    Ia dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra dengan peningkatan kecerdasan buatan (AI Boost) dan keserasian Wi-Fi 7. Acer berjanji untuk mencapai neutral karbon bagi Aspire Vero 16 dengan menyertakan bahan kitar semula pasca-pengguna dan mematuhi piawaian antarabangsa untuk pengiraan jejak karbon. Komputer riba Intel Evo Edition mempertingkatkan lagi eko-inovasi dengan menggandakan penggunaan bahan PCR pada casis berbanding model 2021.

    Aspire Vero 16 dilengkapi dengan paparan 16 inci, keserasian Wi-Fi 7 dan pelbagai pilihan penyambungan, menitikberatkan pengalaman pengguna dan kerjasama. Laptop Aspire Go, dengan reka bentuk bingkai yang nipis dan nisbah aspek hingga 16:10, ia menawarkan ruang pandangan besar dan visual berkualiti tinggi.

    Laptop Aspire Go 15 dan Go 14 ditujukan kepada pengguna di rumah dan keluarga, menyediakan pemproses Intel Core i3 N-Series, peningkatan kapasiti memori dan teknologi Acer PurifiedVoice. Aspire Go 14 juga menawarkan pilihan pemproses AMD Ryzen 7000 Series. Kedua-dua model ini termasuk teknologi bertenaga AI, Copilot dalam Windows dan Acer PurifiedVoice untuk panggilan persidangan yang jelas.

    Aspire Go 14

    Peranti ini membanggakan ciri-ciri mesra alam seperti bahan yang boleh dikitar semula dan pendaftaran Energy Star. Penekanan Acer terhadap kelestarian jelas terlihat dalam reka bentuk mesra alam Aspire Vero 16 yang menggunakan plastik daripada lautan untuk touchpad OceanGlass dan pembungkusan 100% kitar semula.

    Semua model Aspire Go menampilkan Acer BlueLightShield untuk melindungi mata pengguna semasa tempoh tontonan yang panjang.Daripada segi harga, Acer Aspire Vero 16 akan tersedia di Amerika Utara pada bulan April bermula pada USD749.99 (~RM3,484) dan dalam EMEA pada bulan Mac.

    Acer Aspire Go 15 akan tersedia di Amerika Utara pada bulan Februari, bermula pada USD
    249.99 (~RM1,161)
    serta dalam Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) pada bulan Februari. Akhir sekali, Go 14 (pemproses Intel) akan tersedia di Amerika Utara pada bulan Mac bermula pada USD249.99 (~RM1,161) dan dalam EMEA pada bulan Mac manakala dengan pemproses AMD, ia akan tersedia di Amerika Utara dan EMEA pada bulan Mac bermula pada USD379.99(~RM1,765).

    Pengguna dinasihatkan untuk hubungi pejabat Acer terdekat melalui www.acer.com untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pengguna Android dan iOS boleh akses ChatGPT tanpa akaun selepas muat turun

    ChatGPT, bot sembang daripada OpenAI telah mengubah dengan ketara cara orang mencari dan melihat enjin carian dengan menyediakan pembantu digital di hujung...

    JPJ beri amaran sewa kenderaan kepada warga asing tanpa lesen

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi untuk mengenal pasti syarikat dan individu yang menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen memandu...

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X