More

    Rambut tak terpotong sewaktu PKP? Xiaomi ada pemotong rambut berharga RM48.90 sahaja

    Tentunya rambut anda kini sudah panjang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengarahkan agar kedai-kedai gunting rambut ditutup. Jika anda sudah berasa rimas dengan rambut anda, mungkin anda boleh dapatkan penggunting rambut elektronik Xiaomi Enchen Boost dan Enchen Hummingbird di Lazada.

    Enchen Boost menampilkan sikat yang boleh dilaras daripada 0.7mm hingga 21mm untuk anda tentukan ketebalan rambut yang ingin dipotong. Enchen Hummingbird pula datang dengan rekaan yang lebih premium, dengan pemotong berbetuk ‘R’ yang diperbuat daripada besi sepenuhnya agar lebih lembut terhadap kulit kepala anda.

    Kedua-dua penggunting rambut ini adalah wayarles dan boleh dicas menggunakan USB. Menurut Xiaomi, pengecasan selama satu jam boleh digunakan untuk pengguntingan selama 90 minit.

    Ia dikuasai dengan kadar elektrik 10W dan motor 7100 RPM serta tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu bising. Dengan jualan istimewa sempena Hari Raya yang mendatang, anda boleh mendapatkan Enchen Boost pada harga RM59.80 dan Enchen Hummingbird pada harga RM48.90 di Lazada. Harga asal kedua-dua produk ini masing-masing adalah RM89 dan RM67.98.

    Kini, tiada alasan untuk anda mempunyai rambut yang kusut sepanjang Ramadhan dan untuk Hari Raya mendatang. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan penggunting rambut Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured