fbpx
More

    Siri Redmi Note 13 akan dilancar di Malaysia pada 15 Januari 2024

    Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa siri telefon pintar kelas pertengahan Redmi Note 13 Series akan dilancar pada hari Isnin, 15 Januari 2024 jam 6:00 petang. Pelancaran ini akan dianjurkan secara langsung di Bangkok, Thailand dan turut melibatkan pelancaran rasmi untuk pasaran Malaysia dan lain-lain negara Asia Tenggara.

    Sebelum ini, siri Redmi Note 13 telah dilancar di India pada 4 Januari 2024 dan terdiri daripada tiga varian utama iaitu Redmi Note 13, Redmi Note 13 Pro dan Redmi Note 13 Pro+.

    Secara ringkas, Redmi Note 13 Pro+ merupakan varian yang tercanggih dengan kamera utama 200MP, cipset MediaTek Dimensity 7200 Ultra, skrin AMOLED 1.5K 120Hz, pengecasan pantas 120W, bateri 5,000mAh dan rating kalis air IP68. Ia merupakan satu-satunya varian yang tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.

    Redmi Note 13 Pro+ 5G

    Redmi Note 13 Pro pula mempunyai kamera utama 200MP, cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2, pengecasan pantas 67W serta skrin AMOLED dengan kadar 120Hz, resolusi 1.5K (1220 x 2712) dan dibuat daripada kaca Gorilla Glass Victus.

    Akhir sekali, Redmi Note 13 mempunyai kamera utama 108MP, cipset MediaTek Dimensity 6080, skrin AMOLED 120Hz, pengecasan pantas 33W dan bateri 5,000mAh. Semua varian Redmi Note 13 sudah mula dijual dalam laman web Xiaomi India.

    Redmi Note 13 Pro 5G
    Redmi Note 13 5G

    Setakat ini masih tidak diketahui jika semua varian di atas akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia atau tidak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    iPhone 16 Pro akan mempunyai skrin 20% lebih cerah

    Menurut khabar angin terbaharu, iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini akan mempunyai peningkatan kecerahan paparan sehingga 20% berbanding...

    ASUS sahkan ROG Ally X akan dilancar pada 2 Jun ini

    ASUS telah mendedahkan bahawa mereka akan mengumumkan PC permainan pegang tangan ROG Ally X pada 2 Jun ini. ASUS juga mendedahkan beberapa...

    OpenAI bakal lancarkan enjin carian AI untuk bersaing dengan Google

    OpenAI yang merupakan pencipta ChatGPT kini dilaporkan bersedia untuk mengumumkan enjin carian sendiri bagi menyaingi carian Google dan carian dikuasakan AI, Perplexity....

    Spesifikasi Xiaomi MIX Flip tertiris, dedahkan cipset SD 8 Gen 3, sokong 5G dan...

    Xiaomi MIX Flip telah tertiris dalam internet secara rasmi dan maklumat menunjukkan bahawa ia menyokong pengecasan pantas 67W serta sambungan 5G tetapi...

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X