More

    Infinix Smart 8 akan dilancar pada 13 Januari 2024

    Infinix akan melancarkan telefon pintar Smart 8 di India pada 13 Januari ini, menampilkan skrin LCD 6.6 inci dengan reka bentuk lubang tebuk seperti ‘Dynamic Island’, menawarkan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

    Ciri-ciri menonjol termasuk pengimbas cap jari di sisi, kamera swafoto 8MP dengan lampu LED dan kamera utama 50MP di bahagian belakang, menjadikannya yang pertama dalam segmen harganya dengan spesifikasi sebegini.

    Walaupun butiran cipset tidak didedahkan, Smart 8 akan dilengkapi dengan RAM 4GB dengan tambahan RAM maya 4GB dan storan 64GB. Ia akan dikuasakan oleh bateri 5,000mAh dengan pengecasan USB-C.

    Harga rasmi masih belum diumumkan, tetapi ia dijangka membawa harga di bawah Rs 7,000 (~RM398). Telefon pintar ini akan tersedia dalam warna seperti Rainbow Blue, Shiny Gold, Timber Black dan Galaxy White. Halaman di Flipkart telahpun memberikan gambaran awal mengenai reka bentuk dan spesifikasi utama menjelang pelancaran rasmi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured