fbpx
More

    HUAWEI MateBook D 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba 13th Gen Intel Core, skrin 16″ bermula RM2,899

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan siri komputer riba HUAWEI MateBook D 16 yang diperbaharui untuk 2024, di mana ia ditawarkan dengan cipset 12th Gen atau 13th Gen Intel Core untuk prestasi multi-tugas yang lebih lancar dalam pelbagai jenis kegunaan.

    Sebagai sebuah komputer HUAWEI, ia boleh dihubungkan kepada rangkaian Super Device yang memudahkan proses pemindahan fail dengan peranti HUAWEI lain seperti telefon pintar atau tablet. Ia turut dilengkapi HUAWEI Metaline Antenna untuk memastikan hubungan wayarles yang kukuh sehingga 270 meter.

    Ia mempunyai skrin FullView 16 inci dengan sempadan bezel senipis 4.6mm untuk memberikan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi sebanyak 90%. Baterinya yang berkapasiti 70Wh memastikan penggunaan yang boleh bertahan sepanjang hari.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HUAWEI MateBook D 16:

    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Ukuran 356.7 x 248.7 x 17mm
    • Berat 1.68 kg (versi bateri 56Wh), 1.72kg (versi bateri 70Wh)
    • Skrin IPS 16 inci, resolusi 1920×1200, nisbah aspek 16:10, kecerahan maksimum 300 nits, gamut warna sRGB 100% / NTSC 45%, sudut penglihatan 178°
    • Cipset:
      • 13th Gen Intel® Coreâ„¢ i9-13900H
      • 13th Gen Intel® Coreâ„¢ i5-13420H
      • 12th Gen Intel® Coreâ„¢ i5-12450H
    • Grafik
      • Intel Iris® Xᵉ Graphics ( Intel® Coreâ„¢ i9-13900H)
      • Intel® UHD Graphics (Intel® Coreâ„¢ i5-12450H, Intel® Coreâ„¢ i5-13420H)
    • RAM 16GB
    • Storan NVMe PCIe SSD 512GB atau 1TB
    • Bateri 56Wh atau 70Wh
    • Pengecas 65W disertakan dalam kotak
    • Port: satu USB-C, satu USB3.2 Gen 1, satu USB2.0, HDMI, bicu audio 3.5mm
    • Papan kekunci backlit dengan key travel 1.5mm
    • Webcam 720p
    • Dua mikrofon, dua pembesar suara

    Berikut adalah senarai harga untuk MateBook D 16 di Malaysia:

    • 12th Gen Intel Core i5, RAM 8GB, storan 512GB: RM2,899
    • 12th Gen Intel Core i5, RAM 16GB, storan 512GB: RM3,199
    • 13th Gen Intel Core i5, RAM 16GB, storan 1TB: RM3,699
    • 13th Gen Intel Core i9, RAM 16GB, storan 1TB: RM5,299

    Komputer ini boleh dibeli dari kedai HUAWEI Experience Stores atau melalui laman web HUAWEI Malaysia, Shopee dan Lazada. Pelanggan yang membuat pra-tempahan sebelum 18 Januari 2024 untuk komputer Core i5 boleh menerima hadiah bernilai RM2,144. Pra-tempahan untuk komputer Core i9 pula dibuka sehingga 2 Februari 2024 dan akan menerima hadiah yang sama.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X