More

    Huawei P Smart tahun 2020 bakal dilancarkan, Kirin 710F berharga ~RM940

    Ramai peminat teknologi mengenali nama peranti flagship Huawei seperti siri Huawei P40. Namun, mungkin ini adalah pertama kali anda mendengar nama Huawei P Smart walaupun sudah terdapat versi peranti ini yang terdahulu. Terkini, Huawei dilapor bakal melancarkan Huawei P Smart 2020 pada masa terdekat ini.

    Hal ini kerana spesifikasi dan reka bentuknya telah terdedah melalui sebuah laman web penjual di Belanda. Peranti kelas permulaan ini akan dikuasai cipset Kirin 710F dan RAM 4GB + ROM 128GB bersama kad mikroSD. Huawei P Smart 2020 dilengkapi paparan FHD+ 6.21-inci dengan takuk waterdrop yang dihuni kamera selfie 8MP.

    Peranti ini bakal dilengkapi kamera utama 13MP + 2MP (sensor kedalaman dan cahaya LED. Turut hadir adalah ciri teknologi sensor cap jari di belakang, bicu audio 3.5mm dan kapasiti bateri 3400mAh. Apa yang menariknya, peranti ini bakal dioperasikan oleh Google Mobile Services!

    Apa pun, kami tidak pasti jika ianya bakal hadir untuk pasaran Malaysia. Sumber menganggarkan ia bakal dihuni harga 200 Euro (lebih kurang ~RM940). Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured