fbpx
More

    Siri Redmi Note 13 dilancar di Malaysia: Kamera 200MP, cas pantas 120W, OLED 120Hz bermula RM749

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G, Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G. Seperti tahun-tahun sebelum ini, siri Redmi Note 13 ini dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih namun masih dijual pada harga yang sangat mampu milik.

    Sebagai varian tercanggih, Redmi Note 13 Pro+ 5G dilengkapi spesifikasi yang tertinggi seperti skrin AMOLED 120Hz dengan resolusi 1220×2712, kamera utama 200MP, pengecasan pantas 120W dan bateri besar 5,000mAh. Badannya mempunyai rating kalis air dan debu IP68 manakala skrinnya dibuat dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus untuk ketahanan tertinggi.

    Cipsetnya pula ialah Mediatek Dimensity 7200 Ultra yang dibuat dengan nod proses 4nm dan menawarkan prestasi telefon kelas pertengahan yang memuaskan. Satu lagi perkara yang perlu diketahui adalah varian Pro+ merupakan satu-satunya varian yang tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.

    Sementara itu, Redmi Note 13 Pro 5G turut mempunyai skrin AMOLED 120Hz dengan resolusi 1220×2712 dan kamera utama 200MP, namun kadar pengecasannya rendah sedikit iaitu 67W sahaja. Kapasiti baterinya pula lebih besar sedikit iaitu 5,100mAh.

    Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2, iaitu telefon Redmi pertama yang menggunakan cipset kelas pertengahan ini sejak ia dilancar pada September 2023. Selain itu, ia turut mempunyai rating kalis air dan debu IP54 dan skrin dengan kaca Gorilla Glass Victus.

    Akhir sekali, Redmi Note 13 5G juga mempunyai skrin AMOLED 120Hz, namun ia mempunyai resolusi yang lebih rendah iaitu 1080×2400. Kamera utamanya sekadar menawarkan sensor 108MP, manakala kadar pengecasannya adalah yang paling rendah dalam siri ini iaitu 33W sahaja.

    Selain itu, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 juga adalah satu-satunya varian yang menawarkan slot kad microSD untuk membesarkan storan. Cipsetnya menggunakan Mediatek Dimensity 6080, manakala badannya mempunyai rating kalis air IP54 dan skrinnya dibuat dengan kaca Gorilla Glass 5.

    Semua telefon dalam siri Redmi Note 13 akan menerima kemas kini untuk sistem operasi HyperOS pada masa hadapan.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri telefon ini:

    Redmi Note 13 Pro+ 5G

    Redmi Note 13 Pro+ 5G

    • Skrin AMOLED 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz, resolusi 1220×2712, kecerahan puncak 1,800 nits, kaca Gorilla Glass Victus
    • Cipset MediaTek Dimensity 7200 Ultra
    • Storan dalaman 256GB dan 512GB
    • RAM 8GB dan 12GB
    • Kamera utama 200MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 120W
    • Sistem operasi Android 13 dengan MIUI 14
    • Pembesar suara stereo
    • Pengimbas cap jari optikal dalam skrin
    • Rating kalis air IP68
    • Pilihan warna hitam, putih, ungu dan hijau
    • Harga:
    Redmi Note 13 Pro 5G

    Redmi Note 13 Pro 5G

    • Skrin AMOLED 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz, resolusi 1220×2712, kecerahan puncak 1,800 nits, kaca Gorilla Glass Victus
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2
    • Storan dalaman 256GB
    • RAM 8GB
    • Kamera utama 200MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,100mAh
    • Pengecasan pantas 67W
    • Sistem operasi Android 13 dengan MIUI 14
    • Pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm
    • Pengimbas cap jari optikal dalam skrin
    • Rating kalis air IP54
    • Pilihan warna hitam, putih, ungu dan hijau
    • Harga: RM1,399
    Redmi Note 13 5G

    Redmi Note 13 5G

    • Skrin AMOLED 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz, resolusi 1080×2400, kaca Gorilla Glass 5
    • Cipset Mediatek Dimensity 6080
    • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD
    • RAM 8GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Sistem operasi Android 13 dengan MIUI 14
    • Pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • Rating kalis air IP54
    • Pilihan warna hitam, putih, ungu dan hijau
    • Harga: RM1,099
    Redmi Note 13

    Redmi Note 13

    • Skrin AMOLED 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz, resolusi 1080×2400, kaca Gorilla Glass 3, kecerahan puncak 1,800 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 685
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD
    • RAM 6GB atau 8GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Sistem operasi Android 13 dengan MIUI 14
    • Pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm
    • Pengimbas cap jari dalam skrin
    • Rating kalis air IP54
    • Pilihan warna hitam, biru, hijau dan Ocean Sunset
    • Harga:

    Pra-tempahan boleh dibuat bermula 16 Januari. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Redmi Note 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anda boleh keluarkan maksimum RM250 sahaja dari KWSP Akaun 3 jika anda tidak laksanakan...

    Bermula 11 Mei sehingga 31 Ogos 2024, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menetapkan jumlah wang yang ingin dipindahkan kepada Akaun...

    AEON Bank akan dilancar pada 26 Mei 2024 sebagai bank digital Islamik pertama di...

    Sejak 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan lesen perbankan digital kepada lima bank digital yang beroperasi dalam negara dan salah satu...

    Sony Xperia 1 VI akan utamakan prestasi zum, mungkin sehingga 7x

    Sony bakal melancarkan siri telefon pintar Sony Xperia 1 VI di Jepun pada hari Rabu, 15 Mei 2024 jam 5:00 petang waktu...

    Kementerian Pengangkutan tidak pernah benarkan sistem bidaan harga untuk “e-hailing”

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kementeriannya tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi pengangkutan seru pandu (e-hailing) untuk menawarkan sistem bidaan harga kepada...

    iPhone 16 Pro akan mempunyai skrin 20% lebih cerah

    Menurut khabar angin terbaharu, iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini akan mempunyai peningkatan kecerahan paparan sehingga 20% berbanding...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X