More

    IKEA perkenal sensor keselamatan rumah pintar: VALLHORN, PARASOLL dan BADRING

    IKEA mempelbagaikan rangkaian produknya dengan memasuki pasaran pemantauan rumah pintar dengan memperkenalkan tiga sensor keselamatan baharu bernama VALLHORN, PARASOLL dan BADRING.

    Alat pemantauan rumah mampu milik ini menggunakan perisian Zigbee untuk komunikasi dan ketersambungan dalam ekosistem pintar IKEA Home. Ia beroperasi dengan Hab DIRIGERA di mana sensor ini bertujuan untuk menyepadukan dengan lancar ke dalam persekitaran rumah pintar IKEA yang semakin berkembang.

    Sensor PARASOLL boleh dipasang pada tingkap dan pintu untuk memantau masuk dan keluar serta memberikan pemberitahuan aplikasi untuk kemas kini. VALHORN pula merupakan sensor gerakan wayarles untuk kegunaan dalaman dan luaran, menampilkan lampu boleh suai yang menyala apabila mengesan pergerakan. BADRING direka bentuk untuk memantau kebocoran air dan memaklumkan pengguna melalui pemberitahuan aplikasi atau penggera apabila kebocoran dikesan.

    Sebelum ini, IKEA menceburi peralatan rumah pintar dengan mentol lampu, pembesar suara dan pembersih udara menekankan pemasangan mudah untuk alat pemantauan baharu ini. Walaupun butiran harga masih belum didedahkan, PARASOLL dan VALHORN dijangka tersedia di kedai IKEA bulan ini mankala BADRING dijangka menjelang April 2024.

    IKEA menjangkakan penerimaan positif untuk penderia pemantauan rumah pintar ini selepas dikeluarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured