fbpx
More

    Siri Samsung Galaxy S24 dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 3 dengan fungsi AI dipertingkat bermula RM4,099

    Selepas pelbagai khabar angin mengenai kemunculannya, akhirnya siri Samsung Galaxy S24 dilancarkan secara rasmi dalam acara Samsung Galaxy Unpacked yang berlangsung pagi tadi. Siri ini terdiri daripada tiga model telefon iaitu Samsung Galaxy S24, Samsung Galaxy S24+ dan Samsung Galaxy S24 Ultra.

    Siri Samsung Galaxy S24 yang bertemakan Galaxy AI kali ini mengetengahkan ciri dan aplikasi kecerdasan buatan (AI). Daripada segi luaran, siri Samsung Galaxy S24 tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya tetapi dengan beberapa penambahbaikan seperti skrin rata, bahan titanium yang digunakan dan peningkatan prestasi kamera.

    Samsung Galaxy S24 standard mempunyai paparan Skrin Dynamic AMOLED 2X FHD+ 6.2 inci dengan resolusi 2340×1080 piksel, segar semula skrin 120Hz, cipset Exynos 2400, RAM 8GB, pilihan storan 128/256/512GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 25W.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama sudut lebar 50MP OIS (F1.8, FOV 85˚ ) + telefoto 10MP OIS (F2.4, 3x, FOV 36˚ ) + sudut ultra lebar 12MP (F2.2, FOV 120˚) . Bahagian hadapan pula menampilkan kamera swafoto 12MP (F2.2, FOV 80˚ ).

    Samsung Galaxy S24 Plus pula menampilkan Skrin Dynamic AMOLED 2X QHD+ 6.7 inci dengan resolusi 3120×1440 piksel, segar semula skrin 120Hz, cipset Exynos 2400, RAM 12GB, pilihan storan 256/512GB, bateri 4,900mAh dengan pengecasan 45W dan susunan tiga kamera yang sama seperti S24 standard.

    Yang terakhir, Galaxy S24 Ultra dilengkapi Skrin Dynamic AMOLED 2X QHD+ 6.8 inci dengan resolusi 3120×1440 piksel, Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB, pilihan storan 256/512GB/1TB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 45W.

    Bahagian belakang hadir dengan kamera utama sudut lebar 200MP OIS (F1.7, 0.6µm) + 50MP (F3.4, 5x, 0.7µm) + dwi telefoto 10MP (F2.4, 3x, 1.12µm) + sudut ultra lebar 12MP ( F2.2 , 1.4µm) | Penderia AF Laser (penderia autofokus laser). Kamera swafoto pula menggunakan sensor 12MP (F2.2, FOV 80˚).

    Siri Galaxy S24 menggunakan sistem operasi One UI 6.1 berdasarkan OS Android 14 terbaharu Google. Ciri berkuasa AI menjadi tumpuan utama dalam One UI 6 dengan kertas dinding generatif dan pengeditan foto pintar.

    Sorotan lain ciri AI yang terdapat pada siri kali ini ialah Circle to Search with Google, Call Assist, Writing Assist, Note Assist, Transcript Assist dan Browsing Assist. Untuk maklumat lanjut mengenai fungsi Galaxy AI baharu dalam siri Samsung Galaxy S24, anda boleh klik di sini.

    Samsung melanjutkan kitaran hayat produknya dengan menawarkan tujuh tahun peningkatan OS dan tujuh tahun kemas kini keselamatan untuk siri Samsung Galaxy S24. Dapatkan RM500 eBaucar, storan berganda bernilai RM500 dan nikmati rebat tambahan RM200 daripada baucar ROI anda semasa membuat pembayaran.

    Anda juga akan mendapat tambahan RM450 apabila anda menukar ganti peranti lama anda. Untuk Samsung Galaxy S24 Ultra pula, anda masih dapat faedah yang sama seperti di atas tetapi terdapat perubahan untuk rebat tambahan RM400 daripada baucar ROI dan mendapat tambahan RM650 apabila menukar ganti peranti lama anda.

    Samsung Galaxy S24 Ultra

    • Cipset Snapdragon 8 Gen 3
    • Skrin Dynamic AMOLED 2X QHD+ 6.8 inci dengan resolusi 3120×1440 piksel, segar semula skrin 120Hz, vision booster
    • Berat: 233g | Ukuran: 79.0 x 162.3 x 8.6mm
    • Kamera utama sudut lebar 200MP OIS (OIS F1.7, FOV 85˚ ) + 50MP (F3.4, 5x, FOV 22˚ ) + telefoto 10MP (F2.4, 3x, 1.12µm) + sudut ultra lebar 12MP ( F2.2 , 120˚ ) | Penderia AF Laser (penderia autofokus laser)
    • Kamera swafoto 12MP (F2.2, FOV 80Ëš)
    • RAM 12GB + storan 256GB/512GB/1TB
    • Kapasiti bateri: 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W
    • One UI 6.1  berdasarkan Android 14
    • S-Pen terbina dalam, buka kunci cap jari muka/bawah skrin, IP68, Wi-Fi 7 dan 5G
    • Warna: Titanium Hitam/Kelabu/Violet/Kuning | Eksklusif atas talian – Titanium Hijau/Oren/Biru
    • Harga: 1TB – RM7,799 | 512GB – RM6,799 | 256GB – RM6,299

    Samsung Galaxy S24+

    • Cipset Exynos 2400
    • Skrin Dynamic AMOLED 2X QHD+ 6.7 inci dengan resolusi 3120×1440 piksel, segar semula skrin 120Hz, Vision booster 
    • Berat badan: 197g | Ukuran: 75.9 x 158.5 x 7.7mm
    • Kamera utama sudut lebar 50MP OIS (F1.8, FOV 85˚ ) + telefoto 10MP OIS (F2.4, 3x, FOV 36˚ ) + sudut ultra lebar 12MP (F2.2, FOV 120Ëš)
    • Kamera swafoto 12MP (F2.2, FOV 80˚ )
    • RAM 12GB + storan 256GB/512GB
    • Kapasiti bateri: 4,900mAh dengan pengecasan pantas 45W
    • Pengimbas cap jari dan muka bawah skrin, Wi-Fi 6E, 5G
    • Warna: Hitam Onyx/Kelabu Marmar/Violet Cobalt/Kuning Ambar | Eksklusif atas talian – Hijau Jed/Jingga/Biru Nilam
    • Harga: 512GB – RM5,399 | 256GB – RM4,899

    Samsung Galaxy S24

    • Cipset Exynos 2400
    • Skrin Dynamic AMOLED 2X FHD+ 6.2 inci dengan resolusi 2340×1080 piksel
    • Berat badan: 168g | Ukuran: 70.6 x 147.0 x 7.6mm
    • Kamera utama sudut lebar 50MP OIS (F1.8, FOV 85˚ ) + telefoto 10MP OIS (F2.4, 3x, FOV 36˚ ) + sudut ultra lebar 12MP (F2.2, FOV 120Ëš)
    • Kamera swafoto 12MP (F2.2, FOV 80˚ )
    • RAM 8GB + storan 256GB/512GB
    • Kapasiti bateri: 4,000mAh dengan pengecasan 25W
    • Pengimbas cap jari dan muka bawah skrin, Wi-Fi 6E, 5G
    • Warna: Hitam Onyx/Kelabu Marmar/Violet Kobalt/Kuning Ambar | Eksklusif atas talian – Hijau Jed/Jingga/Biru Nilam
    • Harga: 512GB – RM4,599 | 256GB – RM4,099

    Sila layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut dan pembelian. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X