More

    realme 6 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei

    realme Malaysia hari ini telah mengeluarkan teaser untuk realme 6 Pro yang akan dilancarkan pada hari Isnin, 11 Mei jam 11:00 pagi. Teaser tersebut diumumkan selepas perlawanan terakhir realme x PUBG Tournament yang berlangsung pada 28-30 April.

    realme 6 Pro adalah sebuah telefon kelas pertengahan-atasan yang dilengkapi cipset Snapdragon 720G, skrin 90Hz berukuran 6.6 inci, empat kamera merangkumi sensor utama 64MP + 12MP telefoto dengan zum 20x + 8MP ultra-lebar + 2MP lensa makro serta pengecasan pantas 30W. Kamera selfie pula terdiri daripada kamera 16 MP dan lensa ultra-lebar 8MP.

    Pelancaran di Malaysia akan disiarkan di laman Facebook realme Malaysia. Sebelum ini, peranti tersebut telah pun dilancarkan untuk pasaran antarabangsa di India.

    Adakah realme 6 Pro kini berada dalam perhatian anda? Maklumkan kepada kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured