More

    Penjawat awam wajib daftar dan kemas kini data PADU sebelum 15 Februari ini

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan semua penjawat awam di Malaysia diwajibkan mendaftar dan mengemaskini maklumat mereka di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya 15 Februari ini. Pekeliling baharu ini diumumkan di Facebook rasmi JPA bertarikh 17 Januari 2024.

    Dalam pekeliling itu, JPA menekankan kepentingan untuk mendaftar dalam sistem PADU yang mana salah satunya adalah untuk memastikan individu yang layak tidak terlepas daripada subsidi, bantuan dan perlindungan sosial yang disasarkan.

    Pekeliling itu ditujukan kepada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri dan ketua badan berkanun di peringkat persekutuan, negeri serta kerajaan tempatan berhubung perkara itu.

    JPA dengan ini menggesa kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PADU. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured