fbpx
More

    Imej janaan Google Pixel 9 tertiris, dedahkan spesifikasi paparan dan kamera

    Sumber yang boleh dipercayai telah mendedahkan reka bentuk Google Pixel 9 yang menunjukkan bingkai rata dan perubahan ketara terutamanya kepada pulau kamera. Paparan imej janaan Google Pixel 9 menunjukkan persediaan tiga kamera termasuk kamera telefoto.

    Ini adalah yang pertama untuk telefon Pixel bukan Pro mendapatkan modul kamera tersebut. Telefon pintar ini dilengkapi dengan skrin 6.1 inci. Ia juga akan menampilkan skrin AMOLED FHD+ untuk memastikan harga lebih rendah daripada model Pro dengan panel QHD+.

    Telefon pintar akan berukuran 152.8 x 71.9 x 8.5mm. Dengan ukuran sedemikian, telefon pintar ini lebih besar tetapi lebih nipis daripada Google Pixel 8. Menariknya, ukuran dengan mengambil kira bonjolan kamera menjadikan ketebalan peranti meningkat kepada 12.00mm.

    Selain itu, slot SIM telah dialihkan dari sebelah kiri ke bawah dan jalur antena mempunyai bingkai logam. Peranti ini akan membawakan cipset Google Tensor G4 baharu dengan nama kod “Redondo”. Ia juga akan hadir pada Google Pixel 9 Pro yang akan datang. Spesifikasi lain telefon pintar ini masih belum didedahkan lagi.

    Pelancaran siri Google Pixel 9 dijangka berlaku pada Oktober ini. Jadi masih ada beberapa bulan lagi, dan kami pasti akan mendapat butiran lanjut sebelum keluaran. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    KWSP akan sediakan pilihan pindah dana daripada Akaun Fleksibel ke Akaun 1 dan 2

    Awal bulan ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan struktur akaun baharu yang merangkumi Akaun 3 (Akaun Fleksibel) dengan membolehkan ahlinya mengakses...

    Harga Snapdragon 8 Gen 4 dijangka mahal, pengeluar telefon perlu pertimbangkan konfigurasi produk

    Qualcomm bersedia untuk beralih kepada teras Oryon suainya dengan pengumuman rasmi Snapdragon 8 Gen 4 yang dijangka berlaku pada bulan Oktober. Peralihan...

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X