More

    Rakyat diminta berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pegawai MCMC

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang panggilan telefon palsu yang kononnnya datang daripada orang yang menyamar sebagai pegawai yang mewakili agensi tersebut.

    Panggilan-panggilan telefon ini selalunya akan mengatakan beberapa kesalahan kepada penerima panggilan, seperti aduan tentang talian yang digunakan atau penerima telah melakukan beberapa kesalahan tertentu. Mereka akan mendesak penerima panggilan untuk memberi maklumat peribadi bagi membetulkan kesalahan tersebut.

    Jika penerima panggilan gagal mengikut arahan yang diberikan, orang yang menyamar sebagai pegawai MCMC itu akan menakut-nakutkan penerima dengan mengatakan talian mereka akan disekat atau disenarai hitam.

    Dalam sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MCMC semalam, dalam tempoh 1 hingga 25 Januari 2024, MCMC telah menerima 259 aduan daripada orang ramai dan 238 daripadanya adalah berkenaan panggilan telefon palsu yang menyamar sebagai pegawai MCMC.

    MCMC menegaskan bahawa mereka tidak akan meminta butiran dan maklumat perbankan mana-mana individu melalui panggilan telefon. Sebarang pengumuman atau pemakluman daripada MCMC akan dibuat melalui saluran rasmi seperti e-mel, laman web atau media sosial.

    Orang ramai dinasihati untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada mana-mana individu yang tidak dikenali atau memindahkan wang kepada akaun yang diragui. Mereka juga boleh menyekat nombor telefon yang mencurigakan, atau memuat turun aplikasi khas yang boleh menyekat panggilan atau mesej palsu.

    Jika anda pernah menerima mesej atau panggilan yang mencurigakan, anda boleh buat laporan kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam talian 997 yang beroperasi pada 8:00 pagi hingga 8:00 malam.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: MCMC

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured