More

    Google lancarkan ciri AI generatif dalam aplikasi Peta

    Google telah menambah ciri AI generatif dalam aplikasi Peta tetapi buat masa ini ia hanya tersedia untuk kawasan tertentu. Pada asasnya, AI generatif membolehkan anda bercakap dengan aplikasi menggunakan bahasa sendiri untuk menemui tempat baharu di kawasan kampung atau semasa mengembara.

    AI generatif berfungsi di mana pengguna boleh bertanya pada aplikasi Peta seperti restoran untuk makan dengan pelbagai pilihan kriteria diet. Model bahasa besar akan menganalisis maklumat tentang lebih 250 juta tempat bersama-sama dengan cerapan yang disediakan oleh ahli komuniti.

    Google memberikan contoh senario di mana seseorang meminta aplikasi untuk mencari restoren yang terbaik. Model AI menganalisis tempat berdekatan bersama-sama dengan foto, penilaian dan ulasan komuniti. Ciri ini juga boleh digunakan dengan cepat dengan Google memberikan contoh meminta AI untuk aktiviti sekiranya berlaku ribut hujan secara tiba-tiba.

    Pengguna boleh memperhalusi lagi hasil carian dengan bertanya soalan susulan. Ciri AI generatif kelihatan agak kemas tetapi ia terhad untuk pengguna di AS dan hanya di kawasan terpilih sahaja. Sama-sama kita nantikan kemunculan ciri AI generatif dalam aplikasi Peta Google untuk pengguna di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured