More

    Ketua DOSM: Pendaftaran PADU saat akhir boleh sebabkan sistem tergendala

    Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar menghindarkan diri daripada mendaftar untuk Pangkalan Data Utama (PADU) pada saat-saat akhir.

    Ini kerana berbuat demikian boleh menyebabkan sistem menjadi sesak. Uzir berkata pada masa ini rekod menunjukkan lebih ramai warga emas telah mendaftar untuk PADU berbanding warga muda yang lebih celik teknologi.

    Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang boleh mendaftar sendiri menegtahui bahawa tarikh akhir ialah 31 Mac dan mungkin berfikir bahawa mereka boleh mendaftar pada saat-saat akhir. Bagaimanapun, Ketua Perangkaan Malaysia menasihatkan supaya tidak melakukan perkara ini.

    Tambahnya, sistem pendaftaran seperti lebuh raya dan ia akan menjadi sesak jika semua orang log masuk pada saat-saat akhir. Baru-baru ini, PADU melepasi markah pendaftaran 2 juta dengan jumlah sebenar ialah 2.38 juta pendaftaran setakat semalam (1 Feb). Bagaimanapun, ini masih jauh daripada 29 juta pendaftaran menjelang 31 Mac yang disasarkan oleh kerajaan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured