More

    Laman web ini menjual MyKad Malaysia ‘online’ dengan harga ~RM1,289 berserta testimoni

    Berita ini telah tular di laman media sosial baru-baru ini. Sebuah laman web dalam talian menjalankan penjualan kad pengenalan warganegara Malaysia (MyKad) yang boleh dibeli oleh rakyat seluruh dunia. Laman web yang bernama allgenuinedocuments.com ini dilihat mendapat sambutan oleh pelanggannya berikutan terdapat pelbagai testimoni yang berpuas hati.

    MyKad Malaysia dijual dengan harga serendah $300 (lebih kurang ~RM1,289). Berikutan ini, netizen menggesa agar pihak tertentu menjalankan siasatan. Setakat ini, paparan terdahulu penjualan MyKad tidak lagi boleh diakses walaupun laman web tersebut masih wujud. Mungkin kerana isu ini yang telah tular sejak beberapa hari lalu. Namun, gambar yang diperoleh di bawah adalah gambar yang sempat diambil oleh sumber sebelum laman web tersebut mungkin memadam perkongsian penjualan MyKad.

    Ketiadaan perkongsian terdahulu, namun laman web ini masih wujud

    Laman web ini turut menjual dokumen penting lain seperti lesen kenderaan, permit dan sebagainya. Operasi penjualan ini bukan sahaja melibatkan dokumen rasmi Malaysia, tetapi juga beberapa negara lain.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured