More

    Google umum peningkatan kadar SST kepada 8% bermula Mac ini

    Google baru sahaja menghantar pemberitahuan e-mel kepada penggunanya di Malaysia yang menyatakan bahawa mereka akan mengenakan caj 8% dan bukannya 6% untuk SST bermula dari Mac 2024. Google juga mengatakan invois daripada mereka akan memasukkan kadar cukai penggunaan baharu pada masa hadapan.

    Pengguna Google Workspace di Malaysia menerima e-mel baru-baru ini yang menyebut bahawa mereka akan menerima invois baharu yang menunjukkan perubahan dalam kadar SST. Google mengatakan bahawa perubahan itu akan dilakukan secara automatik dan tiada tindakan perlu dilakukan oleh pelanggan.

    Perkhidmatan dalam talian lain seperti penstriman dan permainan mungkin dikenakan peningkatan kadar SST juga. Netflix, Disney Hotstar, Steam, PlayStation Network, PC Game Pass dan lain-lain akan membuat kenyataan tidak lama lagi.

    Perkhidmatan penstriman pertama kali dikenakan SST adalah pada Januari 2020 yang menyaksikan sedikit peningkatan dalam bayaran bulanan untuk perkhidmatan tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured