More

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 bakal tiba dengan cipset SD 8 Gen 2, paparan 144Hz

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu tablet premium yang seterusnya telah muncul dalam talian serta mendedahkan reka bentuknya. Imej menunjukkan dua kamera belakang termasuk kamera utama 50MP, denyar LED dan bingkai logam.

    Pengganti kepada Xiaomi Pad 6 Pro ini dikatakan menampilkan skrin 2.5K kadar penyegaran 144Hz, cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 24GB dan storan sehingga 1TB. Ia dikatakan mempunyai sokongan pengecasan pantas 120W (peningkatan daripada 67W dalam model lama) dan bateri 10,000mAh yang lebih besar daripada Pad 5 Pro.

    Tablet ini mempunyai nombor model 24018RPACC dan dikhabarkan akan dilancarkan sebagai Xiaomi Pad 7 Pro tetapi syarikat itu dikatakan telah menggunakan nama 6S Pro. Xiaomi Pad 6S Pro dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran global di MWC bersama-sama dengan siri Xiaomi 14.

    Pengacah rasmi dijangka keluar tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured