More

    Xiaomi Pad 6 dan Pad 6 Pro dilancar, miliki cipset SD 8+ Gen 1 dan paparan 144Hz bermula ~RM1,290

    Semasa acara memperkenalkan peranti globalnya hari ini, Xiaomi telah melancarkan siri Xiaomi Pad 6. Acara itu juga turut mengumumkan telefon pintar Xiaomi 13 Ultra, Xiaomi Smart Band 8, dan TV Pintar Xiaomi 86 inci. Siri Xiaomi Pad 6 dilancarkan dalam dua varian iaitu Xiaomi Pad 6 dan Xiaomi Pad 6 Pro.

    Siri Xiaomi Pad 6 mempunyai badan yang diperbuat daripada logam dan menawarkan port USB-C 3.0. Peranti ini turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari untuk keselamatan tambahan. Kedua-dua varian berkongsi paparan 11 inci dengan resolusi 2800 x 1800 piksel.

    Xiaomi menggunakan paparan LCD IPS 2.8K dengan kadar penyegaran 144Hz. Selain itu, kedua-dua peranti dilengkapi dengan sistem pembesar suara quad yang dikuasakan oleh Dolby Atmos. Tablet akan menjalankan MIUI Pad 14 berdasarkan Android 13.

    Xiaomi Pad 6 Pro hadir dengan cipset Snapdragon 8 Plus Gen 1 manakala varian standard menggunakan Snapdragon 870. Xiaomi Pad 6 Pro mempunyai kamera belakang 50MP dan kamera swafoto 20MP. Xiaomi Pad 6 pula miliki kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP.

    Kapasiti bateri untuk varian Pro ialah 8,600mAh manakala varian standard berkapasiti 8,840mAh. Versi Pro mendapat sokongan pengecasan 67W manakala varian standard menyokong pengecasan 33W. Siri Xiaomi Pad 6 dilancarkan dalam pilihan warna emas, hitam dan biru.

    Varian standard dijual pada harga CNY 1,999 (~RM1,290) untuk model 6GB/128GB manakala model 8GB/128GB berharga CNY 2,099 (~RM1,350) dan model 8GB/256GB pula berharga CNY 2,399 (~RM1,545). Xiaomi Pad 6 Pro dengan model 8GB/256GB berharga CNY 2,699 (~RM1,740) manakala 12GB/256GB akan dijual pada harga CNY 2,999 (~RM1,930).

    Model teratas datang dengan storan 12GB/512GB dan berharga CNY 3,299 (~RM2,125). Xiaomi belum mengumumkan harga antarabangsa dan ketersediaan untuk tablet tersebut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...