More

    Imej siri iPhone 16 tertiris, dedahkan kedudukan kamera baharu

    Siri Apple iPhone 16 yang akan datang bakal menandakan perubahan ketara dalam reka bentuk dan ciri terutama kedudukan kamera serta barisan modelnya. Terdapat peralihan daripada tetapan kamera mendatar tradisional kepada posisi menegak.

    Pelarasan baharu ini menunjukkan bahagian belakang siri iPhone 16 seperti iPhone 11 yang ditambah kamera pada bahagian bawah dan sekali imbas seperti tetapan kamera pada siri Samsung S24. Siri iPhone 16 dijangka memperkenalkan lima varian sep iPhone 16 SE, 16 Plus SE, iPhone 16, 16 Pro dan 16 Pro Max.

    iPhone 16 SE dan 16 Plus SE dijangka menampilkan pulau dinamik, persediaan kamera tunggal, paparan 60Hz dan kapasiti bateri yang dikurangkan sedikit. Model iPhone 16 standard dikhabarkan akan dilengkapi paparan 120Hz, dwi-kamera dan hayat bateri yang lebih baik.

    Apple mengekalkan reka bentuk iPhone yang sama selama beberapa tahun tanpa sebarang perubahan yang ketara. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna semasa pelancaran tahun lepas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Majin Bu

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured