More

    Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah baharu

    Meta telah mengumumkan pemilihan dua ahli baharu dalam lembaga pengarah termasuk seorang lelaki kelahiran Pulau Pinang iaitu Tan Hock Eng yang juga presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat semikonduktor Broadcom sejak 2006.

    Tan sebelum ini memegang jawatan pengurusan kanan dengan PepsiCo dan General Motors, naib presiden kewangan Commodore International, pengarah urusan Pacven Investment dan pengerusi lembaga Integrated Device Technology.

    Turut menyertai lembaga pengarah Meta bersama Tan ialah John Arnold, pengasas bersama dana dermawan Arnold Ventures dengan latar belakang dalam industri tenaga. Zuckerberg dalam satu kirimannya di Facebook mengatakan bahawa penambahan ahli lembaga pengarah baharu akan membantu syarikat itu dalam mencapai objektif jangka panjangnya.

    Ini berlaku selepas berita bahawa Meta akan menggunakan cip dalaman tersuai sebagai sebahagian daripada dorongan AInya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Meta

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured