More

    Fahmi Fadzil: Kerajaan akan jenamakan semula Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menjelang Jun ini

    Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menjenamakan semula Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menjelang suku kedua tahun ini. Selain itu, penjenamaan semula itu akan memasukkan nama dan fungsi baharu.

    Menurut sumber, Fahmi berkata PEDi akan dijenamakan semula kerana pusat itu turut dimanfaatkan oleh masyarakat untuk aktiviti yang tidak melibatkan ekonomi digital. Tambahnya, PEDi digunakan orang ramai untuk mendapatkan info mengenai geran, bantuan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan malah boleh jadi sebagai pejabat pos.

    Beliau menambah bahawa PEDi sebagai pusat komuniti boleh memainkan peranan yang lebih penting dalam penyebaran maklumat kepada orang ramai. Ia juga akan menjadi pusat pembelajaran yang melibatkan aktiviti kecerdasan buatan (AI) untuk komuniti setempat.

    Apakah pendapat anda tentang penjenamaan semula PEDi yang dilakukan kerajaan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured