AirAsia telah melancarkan Kempen Tempat Duduk Percuma 2024 yang menawarkan tempat duduk dengan diskaun yang tinggi ke lebih 130 destinasi di seluruh dunia. Pelancong boleh meneroka tempat popular di Malaysia seperti Langkawi dan Pulau Pinang serendah RM28 untuk perjalanan sehala atau meneroka lebih jauh ke destinasi seperti Krabi dan Bali bermula pada harga RM83 untuk perjalanan sehala.
Selain itu, AirAsia menawarkan jualan besar untuk penerbangan ke pelbagai destinasi di seluruh Asia dan seterusnya dengan tambang bermula dari RM299 semua dalam sehala. Tempat duduk yang ditempah semasa kempen ini adalah sah untuk perjalanan antara 1 September 2024 dan 18 Jun 2025 dan boleh ditempah melalui airasia Superapp atau laman web rasminya.
Sebagai tambahan kepada kempen ini, AirAsia memberikan diskaun ke atas tawaran sampingan seperti Fast Pass dan Xtra Carry-on baggage manakala pemegang kad BigPay di Malaysia boleh menikmati diskaun tambahan RM10 untuk semua penerbangan airasia yang ditempah melalui airasia Superapp dan laman web dari 19 Februari hingga 31 Mac 2024.
Adakah anda bersedia utuk melancong? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: airasia newsroom






