More

    CelcomDigi tawarkan internet 4G/5G 1,000GB berharga RM15 dan banyak lagi promosi dalam Hari Gaji Specials

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini sedang menganjurkan promosi hujung bulan khas Hari Gaji Specials yang akan berlangsung sehingga 26 Februari 2024. Promosi ini layak ditebus oleh semua pelanggan Celcom dan Digi dalam pelan prabayar atau pascabayar.

    Untuk para pelanggan prabayar Celcom XPAX Prepaid dan Digi Prepaid, anda boleh dapatkan kuota internet 4G/5G sebanyak 30GB pada harga RM38 sahaja. Kuota ini boleh digunakan dalam masa tujuh hari selepas mereka melanggan kepada pelan Celcom XPAX Unlimited berharga RM38 dan ke atas.

    Ia juga boleh didapatkan dengan membeli pelan Digi NEXT 35 atau Digi NEXT Unlimited 40 melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet atau Boost.

    Promosi untuk pelanggan prabayar, jika dibeli daripada aplikasi Touch ‘n Go atau Boost
    Promosi untuk pelanggan prabayar, jika dibeli daripada aplikasi Celcom Life atau MyDigi

    Selain itu, jika anda melanggan kepada kuota internet 4G/5G melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi, anda boleh dapatkan kuota tambahan sebanyak dua kali ganda.

    Untuk para pelanggan pascabayar Celcom XPAX Postpaid, Celcom MEGA dan Digi Postpaid, anda boleh dapatkan data internet 4G/5G sebanyak 1,000GB pada harga RM15 sahaja. Kuota ini boleh digunakan dalam tempoh tujuh hari dan boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    Layari laman web Celcom atau Digi untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured