More

    OPPO Watch X akan dilancar di Malaysia pada 29 Februari 2024

    Acara Mobile World Congress (MWC) 2024 bakal berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada minggu ini dan kita boleh menjangkakan puluhan produk dan peranti baharu yang akan dilancar dalam acara tersebut. Sungguh pun begitu, beberapa produk juga akan dilancar di Malaysia, seperti jam tangan pintar OPPO Watch X.

    OPPO Malaysia mengumumkan bahawa OPPO Watch X akan dilancar pada hari Khamis, 29 Februari 2024. OPPO masih belum berkongsi sebarang spesifikasi untuk jam ini, namun mereka telah pun berkongsi reka bentuknya yang nampak seperti jam tangan klasik.

    OPPO Watch X mempunyai rangka badan aluminium berbentuk bulat dengan tali jam yang dibuat daripada kulit, ditawarkan dalam warna hitam atau perang. Di bahagian sisi kanan jam pula terdapat bahagian lurus yang menempatkan roda kawalan dan dua butang fizikal.

    Reka bentuk bulat ini membuatkannya nampak berlainan dengan model sebelumnya yang mempunyai reka bentuk petak. Butiran lanjut mengenai spesifikasi dan harganya dijangka akan diumumkan sewaktu MWC kelak.

    Memandangkan ia mempunyai rekaan yang serupa dengan OnePlus Watch 2, spesifikasinya juga mungkin serupa iaitu skrin OLED 1.43 inci dengan resolusi 466×466, cipset Snapdragon W5 Gen 1 dan sistem operasi Google Wear OS 4.

    Kali terakhir OPPO melancarkan seutas jam tangan pintar untuk pasaran Malaysia adalah OPPO Watch pada 2020. Model-model OPPO Watch yang seterusnya tidak dilancar di Malaysia, namun ia digantikan dengan pelbagai model gelang tangan pintar OPPO Band.

    Adakah anda berminat dengan jam ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured