fbpx
More

    Siri Xiaomi 14 dilancar: SD 8 Gen 3, kamera Leica, AMOLED 120Hz bermula ~RM5,170

    Pada hari ini, Xiaomi telah memperkenalkan siri telefon pintar andalan (flagship) terbaru untuk pasaran antarabangsa iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra. Seperti siri Xiaomi 13 sebelum ini, siri Xiaomi 14 dilengkapi teknologi kamera Leica untuk kualiti gambar yang cantik serta dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon premium untuk tahun ini.

    Xiaomi 14 kini dilengkapi lensa Leica Summilux dengan apertur f/1.6, sensor imej Light Fusion 900, jurang dinamik 13.5EV dan kedalaman warna 14-bit untuk menangkap cahaya lebih banyak sebanyak 80% berbanding Xiaomi 13 sebelum ini, untuk kualiti gambar yang lebih jelas.

    Ia juga dilengkapi kamera telefoto terapung Leica 75mm yang boleh mengambil gambar jelas untuk objek jauh atau objek sedekat 10cm. Selain itu, ia dilengkapi kamera ultra-lebar 50MP Leica 14mm.

    Pengguna masih boleh mengambil gambar dengan stail fotografi Leica Authentic atau Leica Vibrant untuk penampilan gambar yang ikonik dengan stail kamera Leica.

    Kotak Xiaomi 14 didatangkan bersama pengecas 90W
    Rekaan belakang Xiaomi 14
    Sistem kamera Leica

    Untuk Xiaomi 14 Ultra pula, ia mempunyai kamera yang lebih canggih, dengan nilai apertur boleh ubah antara f/1.63 hingga f/4.0 untuk pelarasan cahaya yang lebih tepat. Dalam mod Pro pula, pengguna boleh kawal tahap pendedahan sebanyak 0.01-stop untuk kawalan kreativiti yang lebih luas.

    Ia mempunyai sensor LYT-900 berukuran 1 inci dan teknologi Dual Native ISO Fusion Max untuk jurang dinamik seluas 14EV bagi mengekalkan butiran terang dalam highlight dan bayang-bayang. Ia turut dilengkapi tiga lagi kamera iaitu kamera telefoto 75mm, kamera telefoto periskop 120mm dan kamera ultra-lebar 12mm.

    Sewaktu merakam video pula, anda boleh merakam dengan nisbah aspek 2.39:1 dan shutter rule 180 darjah untuk video yang nampak lebih sinematik. Dengan mod MasterCinema, anda boleh merakam video dalam 10-bit Rec.2020 untuk jurang dinamik yang lebih luas, serta merakam dalam format Log untuk kebolehan pasca-penerbitan yang lebih fleksibel.

    Selain daripada fungsi-fungsi kamera Leica, siri Xiaomi 14 turut dilengkapi spesifikasi tercanggih seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan pengecasan pantas 90W. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Xiaomi 14:

    Xiaomi 14

    • Skrin AMOLED 6.36 inci, resolusi 2670×1200, kadar segar semula 1-120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, gamut warna P3 TrueColor, menyokong Dolby Vision dan HDR10+
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan dalaman UFS 4.0 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP Leica + kamera telefoto terapung 50/32MP Leica + kamera ultra-lebar 50MP Leica
    • Lensa LEICA VARIO-SUMMILUX 1:1.6-2.2/14-75 ASPH.
    • Stail fotografi Leica Authentic dan Leica Vibrant
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,610mAh
    • Pengecasan pantas HyperCharge 90W
    • Pengecasan wayarles HyperCharge 50W
    • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Sistem operasi Android 14 dengan Xiomi HyperOS
    • Menyokong Wi-Fi 7, NFC, Bluetooth 5.4, rangkaian 5G
    • Harga: EUR999 (~RM5,170)

    Xiaomi 14 Ultra

    • Skrin AMOLED 6.76 inci, resolusi 3200×1440, kadar segar semula 1-120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, gamut warna DCI-P3 TrueColor, menyokong Dolby Vision dan HDR10+
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3
    • RAM LPDDR5X 16GB
    • Storan dalaman UFS 4.0 512GB
    • Kamera utama 50MP Leica dengan sensor 1 inci LYT-900 + kamera telefoto terapung 50MP Leica + kamera periskop 50MP Leica + kamera ultra-lebar 50MP Leica
    • Lensa LEICA VARIO-SUMMILUX 1:1.63-2.5/12-120 ASPH.
    • Stail fotografi Leica Authentic dan Leica Vibrant, serta pelbagai Leica Filters
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas HyperCharge 90W
    • Pengecasan wayarles HyperCharge 80W, menyokong pengecasan wayarles berbalik
    • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Sistem operasi Android 14 dengan Xiomi HyperOS
    • Menyokong Wi-Fi 7, NFC, Bluetooth 5.4, rangkaian 5G
    • Harga: EUR1,499 (~RM7,760)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Xiaomi 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Malaysia sambut ulang tahun ke-10 dengan bengkel fotografi bersama vivo V30e 5G

    Bersempena 10 tahun kemajuan revolusi dalam teknologi telefon pintar, vivo Malaysia telah menganjurkan bengkel fotografi selari dengan pelancaran telefon pintar terbaharu, vivo...

    smart #3 dipandu uji buat kali pertama, bakal diumum di Malaysia Autoshow 2024

    Smart Malaysia baru-baru ini mengadakan acara pratonton eksklusif yang bertemakan "Chasing Thrills" di Subang Jaya. Acara ini adalah untuk memperkenalkan kenderaan elektrik...

    OpenAI lancarkan GPT-4o secara percuma, jadikan interaksi manusia-komputer lebih semula jadi

    Pada persidangan OpenAI awal pagi tadi, model besar GPT-4o yang dinaik taraf telah dikeluarkan secara rasmi. "o" dalam GPT-4o bermaksud "omni". GPT-4o...

    Siri vivo X100s dilancar dengan Dimensity 9300+, penderia kamera 1″ dan cas pantas 100W...

    Bersama-sama pelancaran X100 Ultra, vivo turut memperkenalkan telefon pintar vivo X100s dan X100s Pro. Telefon baharu ini menampilkan cipset Dimesnity 9300+ yang...

    vivo X100 Ultra rasmi dengan SD 8 Gen 3, kamera 200MP bermula ~RM4,250

    Hari ini, vivo telah melancarkan barisan telefon andalannya untuk tahun 2024 termasuk telefon yang dinanti-nantikan iaitu vivo X100 Ultra. Bermula dengan paparan,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X