More

    HONOR MagicBook Pro 16 dilancar, dilengkapi Intel Core Ultra 7, NVIDIA RTX 4060

    Selain melancarkan telefon pintar HONOR Magic6 Pro dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2024 yang berlangsung sekarang, HONOR turut melancarkan komputer riba HONOR MagicBook Pro 16. Ia merupakan sebuah komputer riba yang dikuasakan oleh AI dan menampilkan spesifikasi yang agak canggih.

    Dengan menggunakan platform AI yang dikuasakan oleh HONOR, ia membenarkan pengguna untuk berkongsi notifikasi dan penyeragaman (synchronisation) yang mudah dengan telefon pintar dan tablet HONOR. Sebagai sebuah varian Pro, ia dilengkapi spesifikasi atasan seperti pemproses Intel Core Ultra 7 155G, NVIDIA GeForce RTX 4060, RAM 32GB dan storan 1TB.

    Skrinnya pula berkuran 16 inci dengan resolusi 3072×1920, kecerahan puncak 500 nits, gamut warna DCI-P3 100%, gamut warna sRGB dan sokongan HDR. Baterinya berkapasiti 75Wh dan menawarkan penggunaan selama sehingga 10 jam.

    Daripada segi luaran, ia nampak seperti komputer riba biasa yang dilengkapi papan kekunci bersaiz penuh, termasuklah kekunci numpad di bahagian kanan. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu putih atau hitam, dan permukaannya menghasilkan warna kilauan pelangi yang dihasilkan dengan teknologi 3D Colouring Spray Technology.

    Ia turut mempunyai enam pembesar suara yang datang dengan Spatial Audio dan dua mikrofon. MagicBook 16 Pro akan mula dijual pada suku kedua tahun ini dan setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured