More

    OnePlus Watch 2 dilancar: AMOLED 1.43″ dan pantau kesihatan bermula ~RM1,549

    OnePlus telah melancarkan jam tangan pintar terbaharunya, OnePlus Watch 2 di Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona, menepati janjinya yang dibuat minggu lepas. Kini, ia mempamerkan reka bentuk yang dikemas kini dan memperkenalkan seni bina dwi-enjin yang unik, membolehkan ia beroperasi dengan dua cipset dan dua sistem pengendalian secara serentak.

    OnePlus Watch 2 mempunyai paparan AMOLED 1.43 inci dengan resolusi 466 x 466 piksel, kadar penyegaran semula 60Hz dan kecerahan puncak yang mengagumkan sebanyak 1,000 nits. Skrinnya dilindungi oleh lapisan kaca nilam 2.5D manakala bekas keluli tahan karatnya mematuhi piawaian MIL-STD-810H dengan kalis air 5ATM.

    Daripada segi fungsi, peranti boleh pakai menyepadukan oksimeter nadi optik untuk penjejakan tidur, pemantauan tahap tekanan dan penilaian variasi kadar denyutan jantung. Selain itu, mod lariannya menggunakan GPS dwi-frekuensi serta pelbagai sensor untuk memantau prestasi dan menawarkan panduan merentas aktiviti seperti tenis, badminton, ski dan banyak lagi.

    Ia boleh beroperasi sama ada pada Wear OS 4 bersama Snapdragon W5 atau cipset BES2700 berkuasa rendah dengan OS masa nyata (RTOS). Pengguna boleh bertukar antara Mod Pintar yang mengaktifkan Wear OS untuk kefungsian menyeluruh seperti Peta, Pembantu Google dan Mod Penjimat Kuasa memfokuskan pada fungsi penting untuk menjimatkan hayat bateri.

    Mod Pintar menawarkan sehingga 100 jam penggunaan biasa atau 48 jam penggunaan berat, manakala Mod Penjimat Kuasa memanjangkan penggunaan sehingga 12 hari dengan sekali cas. Selain itu, jam tangan ini dilengkapi dengan pengecasan pantas VOOC 7.5W yang mampu mengecas peranti sepenuhnya dalam masa 60 minit atau menyediakan pengecasan bernilai sehari dalam masa 10 minit sahaja.

    Kemudian, OnePlus Watch 2 menampilkan pelbagai fungsi pintar termasuk pemberitahuan, navigasi dan main balik muzik. Dilengkapi dengan Wear OS 4, ia memanfaatkan RAM 2GB dan storan 32GB untuk memudahkan peta luar talian dan storan muzik. Dengan harga EUR299 (~RM1,549), jam tangan pintar itu hadir dalam pilihan warna Black Steel atau Radiant Steel.

    Buat sementara ini, kami masih tidak ketahui mengenai kehadirannya ke pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OnePlus Eropah

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured