More

    Video bayangan reka bentuk peranti premium Samsung Galaxy Fold 2, pesaing Huawei Mate XS

    Terkini, video rekaan daripada pereka teknologi TechConfigurations yang memaparkan Samsung Galaxy Fold 2 mula digembar-gemburkan oleh warganet. Video berdurasi 4:29 minit ini menggabungkan semua khabar angin spesifikasi reka bentuk peranti tersebut. Jika benar Galaxy Fold 2 adalah seperti yang dipertontonkan, reka bentuknya agak memukau!

    Apa yang menariknya, video ini memaparkan tetapan kamera utama yang boleh berputar untuk menjadi kamera hadapan. Reka bentuk paparan AMOLED peranti pula terdiri daripada tiga mod iaitu mod telefon pintar 6.6-inci (dilipat), mod komputer riba 8-inci dan mod tablet 8-inci. Peranti ini dilaporkan hadir dengan cipset Snapdragon 865, RAM 12GB dan ROM 512GB. Ia dijangkakan hadir pada bulan September 2020 (bulan sama untuk pelancaran siri iPhone 12).

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai jangkaan skrin 120Hz pada Samsung Galaxy Fold 2. Sekilas lalu, Samsung Galaxy Fold 2 adalah seperti Huawei Mate XS. Menurut jangkaan kami, peranti premium sebegini pastinya memiliki harga yang agak mencabar. Apa pun, kesemua maklumat di atas bukanlah maklumat rasmi, tetapi hanya bertujuan untuk memberi bayangan kepada sesiapa yang sedang menanti peranti ini.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechConfigurations

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured