More

    Meizu 21 Pro rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 3, paparan LTPO 6.79″ bermula ~RM3,291

    Meizu telah melancarkan telefon pintar perdana baharu iaitu Meizu 21 Pro di China. Meizu 21 Pro mempunyai reka bentuk yang sama seperti varian standard dengan bingkai rata dan tiga kamera disusun secara menegak di bahagian belakang bersama denyar LED RGB. Ia mempunyai penarafan IP68 untuk kalis air dan habuk.

    Pada bahagian hadapan, peranti ini menampilkan skrin BOE 6.79 inci dengan bezel nipis dan potongan lubang tebuk pada bahagian tengah. Paparan ini menawarkan resolusi 2K, kecerahan puncak 1,250 nits dan kadar penyegaran LTPO 120Hz. Ia juga disepadukan dengan pengimbas cap jari ultra-sonik.

    Meizu 21 Pro menampilkan tiga kamera belakang dengan kamera utama 1/1.3 inci 50MP, ultra lebar 13MP dengan FoV 122 darjah dan telefoto 10MP dengan zum digital 3x optik dan 30x. Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP. Peranti menyokong OIS dan EIS. Ia mampu merakam sehingga 8K video.

    Meizu 21 Pro dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3, RAM sehingga 16GB dan storan 1TB. Terdapat sistem penyejukan cecair VC yang besar untuk pelesapan haba. Baterinya berkapasiti 5,050mAh dengan sokongan untuk pengecasan berwayar 80W, wayarles 50W dan 10W pengecasan terbalik.

    Meizu 21 Pro beroperasi menggunakan Flyme OS dengan ciri AI. Spesifikasi lain termasuk pembesar suara stereo dwi, ​​motor linear, Bluetooth 5.4, WiFi dan NFC. Ia hadir dalam warna Starry Night Black, White Laurel Green dan Glacier Blue. Untuk harga, varian 12/256GB berharga CNY 4,999 (~RM3,291), varian 16/512GB berharga CNY 5,399 (~RM3,554) dan varian 16/1TB berharga CNY 5,899 (~RM3,883).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Meizu

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured