More

    POS Malaysia umum kenakan cukai SST 6% untuk 3 perkhidmatan lagi

    POS Malaysia mengumumkan bahawa mulai 1 Mac, syarikatnya akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% ke atas penghantaran ekspres, bungkusan laut domestik dan perkhidmatan penghantaran motosikal melebihi 30kg.

    Menurut pengumuman itu, tiga perkhidmatan tersebut tidak dikenakan cukai perkhidmatan sehingga kini. POS Malaysia menegaskan bahawa semua produk mel dan penghantaran antarabangsa akan terus menikmati kadar cukai perkhidmatan sebanyak 0%.

    Perkhidmatan penghantaran ekspres di bawah 30kg pula akan mengekalkan kadar cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Perlu diingat bahawa kerajaan telah melaksanakan kadar cukai perkhidmatan baharu sebanyak 8% sejak 1 Mac.

    Namun, kadar cukai ke atas kad kredit, kad caj, makanan dan minuman, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan tempat letak kereta serta perkhidmatan logistik akan kekal pada 6%. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook POS Malaysia

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured