More

    CelcomDigi tawarkan internet 333GB berharga RM6 dan banyak lagi dalam promosi 3.3 Sale

    Bermula hari ini, CelcomDigi sedang menganjurkan promosi 3.3 Online Sale yang menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pelanggan prabayar, pascabayar, gajet dan banyak lagi. Promosi 3.3 Online Sale akan berlangsung sehingga 7 Mac 2024 dan boleh didapati melalui laman web CelcomDigi.

    Antara promosi yang menarik termasuklah data internet 4G/5G sebanyak 333GB pada harga RM6 sahaja. Data khas ini hanya boleh digunakan selama tiga hari sahaja dan boleh dibeli oleh pelanggan prabayar atau pascabayar melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    Jika anda berminat untuk membeli telefon pintar baharu, Samsung Galaxy A34 5G akan dijual pada harga promosi RM899 sahaja (harga asal RM1,599) di laman web CelcomDigi Online Shop. Ia boleh dibeli dalam promosi ini tanpa sebarang kontrak dengan pelan pembayaran 0% kadar faedah.

    Untuk pelanggan prabayar, anda boleh dapatkan tempoh sah penggunaan selama setahun dengan harga RM54 sahaja (harga asal RM108). Pas Prepaid Super Long Life atau Prepaid Long Life ini boleh dibeli daripada aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana promosi di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured