More

    Unifi kemas kini prabayar Uni5 WOW, pelan kini bermula RM10

    Unifi Mobile hari ini mengumumkan tawaran Prabayar UNI5G WOW terbaharunya dengan data 5G + 4G serta kelajuan 5G tanpa had dan pelbagai ganjaran. Pek permulaan Prabayar UNI5G WOW baharu ini dilengkapi dengan data 10GB (5G + 4G) dan tempoh sah 30 hari dengan hanya RM10.

    Pelanggan boleh mendapatkan pek permulaan Prabayar UNI5G WOW ini dalam talian dan akan menerima Pas Larut Malam 5G Tanpa Had percuma. Sempena pelancaran, pek permulaan Prabayar UNI5G WOW akan ditawarkan secara percuma sebagai promosi eksklusif dalam talian melalui aplikasi Unifi Mobile atau Unifi eStore untuk pelanggan yang ingin mengekalkan nombor sedia ada.

    UNI5G WOW 35 (RM35/bulan) – Data 5G + 4G serta kelajuan 5G tanpa had sepanjang hari, panggilan tanpa had, kuota hotspot 10GB dan untuk tempoh masa yang terhad, pelanggan akan mendapat kuota hotspot tambahan 50GB liputan 5G secara percuma.

    UNI5G WOW 25 (RM25/bulan) – Data 5G + 4G berjumlah 30GB, kelajuan 5G + 4G tanpa batas dan hotspot (kuota perkongsian hotspot diperoleh daripada peruntukan data 30GB).

    UNI5G WOW 10 (RM10/bulan) – Kuota 10GB data dengan kelajuan 5G tanpa had sepanjang hari.

    Prabayar UNI5G WOW juga menawarkan fungsi dan nilai tambahan seperti pas data hujung minggu, pas menambah kelajuan, pas lanjutan dan pas panggilan. Untuk melanggan Prabayar UNI5G WOW serba baharu, hanya muat turun aplikasi Unifi Mobile atau lawati TMpoint/Unifi Store terdekat dan pengedar Unifi Mobile yang sah.

    Untuk mengetajui lebih lanjut mengenai prabayar UNI5G WOW, sila klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured