More

    realme Narzo 70 Pro 5G disahkan akan bawa pengecasan pantas 67W

    realme bakal melancarkan Narzo 70 Pro 5G pada 19 Mac 2024 dan syarikat itu sudah mula mendedahkan lebih banyak butiran tentang peranti tersebut. Satu ciri yang disahkan adalah keupayaan pengecasan pantasnya pada 67W. Walaupun saiz bateri belum didedahkan, dijangkakan ia akan memuatkan bateri 5,000mAh seperti kebanyakan telefon kelas pertengahan.

    Selain itu, Narzo 70 Pro 5G bertujuan untuk menawarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar dengan mengurangkan aplikasi pra-muat sebanyak 65% berbanding model-model sebelumnya. Ia juga akan menyokong gerak isyarat udara untuk penggunaan bebas tangan.

    Peranti tersebut dijangka mempunyai panel OLED 120Hz dengan sokongan sentuh walaupun terkena air hujan, dan persediaan kamera belakang yang menampilkan kamera utama Sony IMX890 50MP dengan sokongan OIS. Reka bentuknya mempamerkan panel kaca dwi-tona dengan dan lengkung yang menarik.

    realme telah mengumumkan jualan awal untuk Narzo 70 Pro 5G pada tarikh pelancaran, menawarkan insentif seperti Buds T300 TWS earbuds percuma dalam varian hijau yang baru kepada pembeli awal. Tawaran tambahan termasuk diskaun Rs 2,000 (~RM113) melalui kad bank dan EMI tanpa kos. Harga peranti dijangkakan berada di bawah Rs 25,000 (~RM1,413) di India.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured