More

    Seorang wanita kerugian RM800,000 kepada ‘scammer’ yang mengaku sebagai Pos Laju

    Baru-baru ini, seorang ahli perniagaaan wanita telah menjadi mangsa penipuan yang menyebabkannya kehilangan lebih daripada RM800,000. Menurut laporan, penipu (scammer) yang menyamar sebagai Pos Laju mendakwa mereka menemui kad pengenalan dan kad kredit mangsa di Sabah.

    Mangsa kemudiannya menerima panggilan lain daripada ibu pejabat polis di Sabah melalui wakil bernama Yang Chang. Wakil tersebut kononnya mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti haram yang dapat membawanya ke penjara jika terlibat.

    Mangsa dipancing untuk memindahkan wangnya ke dalam akaun bank baharu yang perlu dibuka, kononnya untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam aktiviti haram tersebut. Wang yang dipindahkan itu akhirnya dicuri dek kerana pemberian butiran peribadi kepada penipu tersebut.

    Melalui hal ini, kita semua perlu lebih berhati-hati apabila menerima panggilan yang tidak dikenali. Apakah pandangan anda terhadap penipu yang mencuri wang sehingga RM800,000? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured