fbpx
More

    Qualcomm Snapdragons 8s Gen 3 dilancar, telefon pertama bakal diumum pada bulan Mac 2024

    Pada hari ini, Qualcomm telah melancarkan cipset baharu untuk telefon pintar andalan (flagship) Android iaitu Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3. Dengan cipset baharu ini, Qualcomm menyasarkan ciri-ciri Snapdragon 8 Gen 3 yang canggih akan dilengkapi dalam lebih banyak telefon yang dijual pada harga lebih mampu milik.

    Pembaharuan yang disertakan dalam cipset ini termasuklah lebih banyak fungsi kecerdasan buatan janaan (generative AI), pemproses signal imej 18-bit yang sentiasa hidup (always-sensing ISP), prestasi gaming tinggi dengan Adreno GPU, hubungan pantas dengan modem X70 yang menyokong Wi-Fi 7 dan audio lossles berdefinisi tinggi.

    Spesifikasinya agak sama dengan Snapdragon 8 Gen 3, namun terdapat beberapa perbezaan kecil daripada segi CPU. Kedua-dua mempunyai lapan teras dengan teknologi Arm Cortex-X4, namun Snapdragon 8s Gen 3 mempunyai 1 teras utama + 4 teras prestasi + 3 teras kecekapan, berbeza dengan Snapdragon 8 Gen 3 yang mempunyai 1 teras utama + 5 teras prestasi + 2 teras kecekapan.

    Kelajuan clock juga berbeza di antara kedua-dua cipset, di mana Snapdragon 8s Gen 3 mempunyai kadar yang lebih rendah. Anda boleh lihat jadual berikut untuk butiran lanjut:

    Snapdragon 8s Gen 3Snapdragon 8 Gen 3
    Teras utama (Prime core)1x @ 3.0GHz1x @ 3.4GHz
    Teras prestasi (Performance core)4x @ 2.8GHz5x @ 3.2GHz
    Teras kecekapan (Efficiency core)3x @ 2.0GHz 2x @ 2.3GHz

    Cipset ini menyokong pelbagai model AI termasuklah model bahasa besar (large language models, LLM) seperti Baichuan-7B, Llama 2 dan Gemini Nano yang menyokong sehingga 10 bilion parameter. Ia membenarkan fungsi seperti pembantu virtual AI (AI virtual assistants) dan pembesaran gambar (photo expansion).

    Daripada segi kamera, Snapdragon 8s Gen 3 hanya menyokong rakaman video sehingga 4K 60fps sahaja, lebih rendah daripada 8K 30 fps dalam Snapdragon 8 Gen 3. Untuk rakaman gerak perlahan, Snapdragon 8s Gen 3 boleh merekod dalam resolusi sehingga 1080p pada kadar 240fps, berbeza dengan 4K 120fps pada Snapdragon 8 Gen 3.

    Selain daripada perbezaan di atas, Snapdragon 8s Gen 3 mempunyai spesifikasi dan fungsi yang serupa dengan Snapdragon 8 Gen 3. Qualcomm sudah mengesahkan bahawa jenama yang akan menghasilkan telefon dengan cipset ini termasuklah HONOR, iQOO, realme, Redmi dan Xiaomi.

    Telefon pertama yang dilengkapi cipset ini akan diumumkan seawal bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HUAWEI bakal dikenakan sekatan untuk beli cip daripada Qualcomm dan Intel

    Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didakwa telah membatalkan lesen Qualcomm dan Intel untuk menjual cip kepada HUAWEI menurut laporan baharu daripada Reuters hari...

    Google akan umumkan pelaburan besar di Malaysia dalam masa terdekat

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyatakan bahawa syarikat teknologi antarabangsa Google akan mengumumkan satu pelaburan...

    Kamera HUAWEI Pura 70 Ultra berjaya dapat markah tertinggi dalam ujian DXOMARK

    DXOMARK telah mengumumkan markah ujian fotografi bagi HUAWEI Pura 70 Ultra. Peranti itu kini menduduki tempat pertama dalam pengimejan dan skor zum...

    CMF mungkin keluarkan telefon pintar mesra bajet dengan nama CMF Phone (1)

    Sub-jenama Nothing, CMF sedang menumpukan segmen pasaran yang mampu milik, selepas melancarkan peranti audio, jam pintar dan pengecas. Baru-baru ini, desas-desus baharu...

    Google Wallet kini sokong transaksi tanpa tunai Kad Maybank

    Penambahan sokongan Maybank untuk Google Wallet sememangnya satu perkembangan yang ketara terutamanya bagi pengguna di Malaysia. Ia memperluaskan kebolehcapaian dan kemudahan pembayaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X